Sunday, December 7, 2008

TANAH RUNTUH KALI YANG KESEKIANNYA

Assalamualaikum,


Kejadian tanah runtuh yang melanda Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor sekitar jam 4:00 pagi 6-12-08 merupakan salah satu siri kejadian tanah runtuh di negara ini. Ia bukan pertama dania bukan terakhir. Semasa menghadhiri satu conference antarabangsa pada 3/12/08, saya ditanya oleh seorang wartawan bagaimana nak menghalang tanah runtuh dengan beliau merujuk kepada kejadian yang baru berlaku di Ulu Yam. Saya katakan tanah runtuk tidak boleh dihalang daripada berlaku. Dia heran.
Mengapa berlaku tanah runtuh? Sebabnya ialah bahan dicerun, samada tanih, regolit atau batu terkucil daripada kedudukannya disebabkan samada oleh beratnya bertambah, atau terdapat pengairan dalam tanih yang menjadikannya mudah terkucil, dan ada beberapa faktor yang sedikit teknikal untuk disebutkan, seperti angle of repose, angle of dip, shear stress dan shear strength.
Faktor paling penting yang ramai orang tidak respect ialah faktor iklim. Iklim negara kita ialah iklim tropika lembab. Iklim ini memberikan hujan yang lebat sepanjang tahun, sehingga 2032 mm, dan suhu yang tinggi. Bila suhu tinggi, antara 23-33 0C, maka aktiviti kimia akan giat, dan ini akan menggiatkan proses luluhawa. Proses ini menghancurkan batuan daripada keadaan pejal kepada keadaan terurai dikenali sebagai regolit. Regolit ini keadaan tidak stabil, maksudnya ia mudah bergerak.
Luluhawa ini bertindak dengan giat dalam alam sekitar kita, dan ia mereputkan batuan kepada regolit sehingga sampai 90m ke bawah permukaan bumi. Regolit yang berada di kawasan berbukit yang mempunyai cerun antara 4-6 darjah, adalah sudah mula menunjukkan keadaan mudah terkucil, apatah lagi kalau cerun lebih curam, katakan 20 o. Secara asli, kedudukan regolit ini pada permukaan bukit dan tanah dicengkam oleh akar tumbuhan. Jadi mereka saling memerlukan, tumbuhan perlu regolit untuk bertapak, dan regolit perlu akar tumbuhan untuk mencengkamnya.
Sekiranya ada tumbuhan dan pokok pokok, proses proses hidrologi pula beroperasi sehingga air hujan masuk ke dalam tanih secara beransur dan pada kuantiti yang telah dimoderasikan oleh pokok pokok. Dengan itu, cerun menjadi stabil dan kukuh.
Tetapi manusia dengan sikap rakus dan pelahap mereka menggondolkan kawasan yang hendak dibangunkan. Langsung tidak ada tumbuhan. Disertai pula dengan sikap eksyen serta ego melangit inginkan citarasa mereka dipenuhi dengan sengaja memilih tebing bukit untuk dijadikan tempat kediaman. Apabila tebing bukit ditarah serta diteres, dan apabila tumbuhan tidak lagi memainkan peranan asal mereka, maka kawasan yang seperti ini terdedah sepenuhnya kepada amukan iklim tropika lembab.
Apabila hujan lebat, kekuatan hentakan butir butir hujan akan menyebabkan kawasan yang terdedah menjadi terhakis dengan kuat. Tumbuhan yang sedikit, atau langsung tiada tumbuhan akan menyebabkan air hujan yang sampai di kawasan tersebut menghasilkan kuantiti yang terlalu banyak untuk ditampung oleh kawasan berkenaan. Ini akan menyebabkan regolit itu terlalu bengkak dengan air dan bahagian bawah permukaan mudah menjadi licin atau slippery. Seliranya kawasan ini bercerun curam, ia akan memberi kesan kepada angle of repose dan ini akan mempengaruhi kemungkinan regolit terkucil. Kalau nasib lagi tidak baik, angle of dip pula menjurus ke arah mudah menggelongsor, maka ini biasanya akan memudahkan lagi berlaku keterkucilan.
Hujan lebat tidak semestinya menyebabkan tanah runtuh, tetapi hujan lebat adalah satu faktor penting. Air hujan yang terinfiltrasi keadalam regolit akan menyebabkan regolit bertambah berat. Sekiranya shear stress dan shear strength nya tidak dilebihi, mungkin sesebuah cerun itu boleh bertahan, tetapi biasanya kalau hujan lebat secara berterusan, maka kombinasi faktor faktor seperti berat butir tanih bertambah, bahagian bawah permukaan menjadi slippery, cerun yang curam, keadaan dipping dan mungkin ada faktor faktor lain akan bergabung untuk menghasilkan tanah runtuh. Atau seperti dalam kes di Bukit Antarabangsa ini, walaupun hujan telah berhenti selama dua tiga hari, namun sekiranya berat butir tanih mengatasi shear strength dan shear stress nya, regolit tersebut boleh menggelungsur. Maka berlakulah tanah runtuh.
Cara hendak mengatasinya? Jangan majukan tebing bukit. Biarkan ia dalam keadaan asli ditumbuhi hutan. Kenapa manusia terlalu cemburu kepada hutan dan pokok dan tumbuhan? Sehingga ada yang mati pun mereka masih mahu membina petempatan di lereng bukit. Saya punya banyak gambar untuk menerangkan apa yang dibincangkan di atas, tapi aku maleh nak upload dan download. Korang iamgine la sendiri.