Monday, January 5, 2009

LOSONG TETAP LEKOR

Assalamualaikum,


Kita dengar dan baca pelbagai projek segera telah diluluskan oleh UMNO/BN di Terengganu dengan harapan dapat meraih undi penduduk Kuala Terengganu dalam PRK 036 KT ini.



Tetapi UMNO yang sememang ketandusan idea tidak dapat menaikkan taraf hidup rakyat supaya mereka melonjak keluar daripada zone miskin. Kawasan Losong telah sekian lamanya terkenal dengan perusahaan keropok, tetapi tidak dapat menjadikan perusahaan tersebut sebagai suatu pelantar yang menaikkan taraf kehidupan pengusaha.


Sepatutnya, perusahaan keropok lekor dan keropok keping telah lama dimajukan oleh Terenggau supaya ia mencapai tahap antarabangsa, dan sepatutnya boleh menjana pendapatan yang tinggi untuk para pengusahanya.


Tetapi lekor tetap kekal dengan lekornya, dan Losong tidak dimajukan sepatutnya. Oleh kerana UMNO gagal memajukan Losong, dan gagal menaikkan mutu keropok, maka Losong tetap kekal dengan lekornya, setakat secara kampungan.


Sebab itu pengundi Losong telah lama hilang kepercayaan kepada UMNO.