Thursday, January 8, 2009

PRK 036 KT; PERSIAPAN TAKTIKAL 1

Assalamualaikum,

Saya menjangkakan perbezaan undi antara calon yang menang dengan calon yang kalah dalam pilihanraya kecil ini bukan lagi kurang daripada 1k undi. Tetapi ia akan menjadi lebih besr daripada itu. Antara sebab utama ialah pertembungan antara orang sekampung seolahnya, dan perbezaan wibawa calon.


Saya hidu wibawa calon UMNO adalah tersangat rendah sehingga beliau diperlekeh oleh orang UMNO sendiri. Figur besar yang dikaitkan dengan perkara ini ialah Tun Mahathir Mohamad. Calon bebas jelas kelihatan daripada luar sebagai tunggangan UMNO, kerana profesyen beliau sebagai kontraktor di Terengganu memberi bayangan yang sangat jelas bahawa beliau berda dalam khemah UMNO. Kali ini calon bebas tidak memainkan peranan spoiler, berbeza dengan keadaan semasa Tok Mun bertanding dalam PRU12 yang lepas.


Apa yang ingin saaya kongsikan di sini ialah persiapan taktikal yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh jentera pilihanraya PAS . Persiapan strategik saya percaya telah pun dibincangkan dan diputuskan oleh jentera tersebut.


1. Antara perkara awal yang perlu diberi perhatian ialah semasa menjalani proses piliharanraya, PAS tidak boleh mengambil sikap tok lebai, iaitu sentiasa percaya kepada semua pihak dan beranggapan pihak lawan bersikap gentleman dan mematuhi peraturan perjalanan pilihanraya.

2. Petugas yang perlu diberi taklimat khas, dan taklimat berulang ialah polling dan counting agent.

3. Kalau boleh kedua porfolio ini diisi dengan individu yang bersikap berani, tegas dan kadang kala sanggup bersifat samseng.

4. Sentiasa curiga, bahawa pihak lawan sememang akan menipu. Bagaimana kah penipuan boleh berlaku?

5. Orang yang datang membuang undi bukan tuan punya sebenar kad pengenalan. Ini hanya boleh diatasi sekiranya polling agent adalah orang tempatan. Kalau bukan orang tempatan, ia sukar dikesan

6. Orang yang datang untuk membuang undi, tidak memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi, tetapi cuma berpura pura memasukkannya sahaja, atau buat bodo saja keluar. Kertas undi yang dibawa keluar ini boleh dijual pada harga yang tinggi. Apabila dibeli, kertas itu akan digunakan untuk memangkah parti yang dikehendaki dan dimasukkan oleh pengundi lain yang datang kemudian.

7. Semasa membilang undi, pastikan agen betul betul faham dengan prosedur membilang undi, prosedur menentukan undi rosak dan prosedur menulis bilangan undi dalam borang 14.

8. Bila penjumlahan telah selesai, counting agen hendaklah melihat dengan jelas jumlah bagi undi yang diterima oleh partinya dituliskan dalam ruang yang betul dengan jumlah yang betul.

9. Borang 14 hendaklah ditanda tangani oleh counting agent parti dan juga oleh returning officer. Sebelum menanda tangan borang tersebut, periksa berkali kali bahawa entri tersebut adalah betul.

10. Counting agent hendaklah mengambil satu salinan borang 14 yang telah ditanda tangani dan di cop dengan mohor SPR. Kalau tidak lengkap jangan ambil borang itu, dan minta returning officer cop dan tanda tangan. Kalau dia tidak mahu, sedia untuk bertumbuk.

11. Borang 14 hendaklah dibawa ke pusat penjumlahan, dan pegawaai parti di pusat penjumlahan hendaklah siap menunggu kesemua borang 14. Katakan ada 12 peti undi dalam setiap DUN, maka kalau 4 DUN, jumlah peti undinya adalah 12X4=48. Jadi pegawai parti di dalam pusat penjumlahan undi mesti menerima 48 borang 14.

12. Siapkan laptop dan paling kurang gunakan excel untuk membuat penjumlahan sendiri.

13. Sekiranya angka yang dipaparkan oleh pihak SPR tidak sama dengan apa yang terdapat dalam borang 14, maka disitu, agen parti mesti membuat bantahan dengan menggunakan borang 14.

14. Ingat kes PRU12 Sanglang? Apabila angka diubah, atau terubah, dan tiada borang 14 untuk dijadikan sandaran untuk bantahan dibuat, apa yang dipaparkan itu kekal, walaupun salah! Sebab itu pada perisytiharan, Utz. Hashim Jasin kalah di Sanglang.

15. Adakah anda fikir, kesilapan di Sanglang itu tidak sengaja?