Sunday, January 4, 2009

SAYA AJAK ANDA SAMA SAMA PUASA SUNAT

Assalamualaikum,


Saya bercadang untuk berpuasa sunat selama tiga hari sebagi usaha memohon bantuan dan pertolongan Allah agar memberi kemenangan kepada calon PAS dan PR dalam pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.


Saya ajak dan seru anda yang menerima perkhabaran ini supaya melakukan usaha yang sama atau lebih lagi. Mungkin bukan sahaja anda berpuasa sunat, tetapi sembahyang hajat, sembahyang tahajjud, zikir dan lain lain lagi.


Kalau anda berpuasa, anda boleh puasa 1, 2, 3 atau sebanyak hari yang anda suka, samada terus menerus bilangan harinya, atau diselang seli. Yang penting anda usahakan sesuatu.


Sekiranya ada anda lakukan ini, isyaratkan kepada saya!