Assalamualaikum,
Ada material yang orang lain dah buat research tetapi saya rasa elok diperpanjangkan di sini. Saya copy & paste daripada copy & paste !

Dalam kemelut politik di Perak, perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk. Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan
Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. I

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira
35 tahun lalu. Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas
Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi (foto) iaitu bapa kepada
Mohd Tajol Rosli pada
tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza. Sultan Perak waktu itu,
Sultan Idris Shah (foto atas) sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua
(sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi Menteri Besar
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan;
“Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi Menteri Besar. Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah
Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya. Ghazali berhenti menjadi Menteri Besar Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh
Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB
1977. 
[Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi
Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh
penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah,
sdr Mokhtar Petah (foto) dan disedut dari
blog beliau. Kata
Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya
, ‘kata dulang paku sepih’ - Artike
MSO ]