Monday, April 13, 2009

PAS IMPLEMENTASI FIQH BARU

Assalamualaikum,

Seperti yang pernah saya tulis sebelum daripada ini, PAS sedang mengimplementasikan satu lagi fiqh baru. Kali ini, fiqh baru yang diterima baik dalam PAS ialah bersifat lunak dengan para artis.

Fiqh adalah sebahagian daripada instrumen perundangan Islam yang bersifat dinamik. Syariat adalah ketetapan Allah yang bersifat kekal.

Di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz, beberapa fiqh baru telah diperkenalkan, atau diperkenalkan semula, seperti wanita bertanding dalam pilihan raya, wanita berceramah dan mengambil non Muslim sebagai rakan perjuangan.

Kesemuanya ini menunjukkan sifat dinamik fiqh yang diamalkan dalam PAS.

Apa yang saya tunggu ialah adakah Pemuda PAS akan turut mengikut perkembangan fiqh terbaru ini dengan menyesuaikan pendekatan terhadap konsert dan para artis.

Apakah mereka akan tangani konsert dengan demonstrasi, menghadapi para artis sebagai pembawa keruntuhan akhlak, dan pengajuran majlis yang melibatkan artis, nyanyian, muzik dan percampuran lelaki dan wanita sebagai sesuatu yang boleh dihadapi dengan lebih lunak.

Atau itu adalah haram, haram, dan haram.