Wednesday, April 15, 2009

TERKIAL MENERANGKAN WAN MALAYSIA

Assalamualaikum,

Seperti hampehnya konsep Islam Hadhari yang sehingga ke hari ini tidak difahami oleh Malaysia, begitu juga dengan konsep wan Malaysia, juga tidak difahami oleh rakyat Malaysia sendiri. Setiap perdana menteri cuba menonjolkan satu paradigm yang dia cipta sendiri, tetapi kalah jenis hampeh, yang dihamburkan oleh hotaknya juga adalah hampeh, setaraf dengan hotak udang.

Dengan itu, para menteri sendiri terkial kial menerangkan apa itu wan malaysia, adakah ia malaysians' Malaysia, atau melayu punya Malaysia, atau ketuanan melayu. Sebab saya katakan mereka terkial kial untuk menerangkan konsep wan Malaysia ini ialah masyarakat Cina telah marah dengan Mahyuddin Yassin kerana menempelak orang Cina yang telah beralih memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. Jelas Mahyuddian sendiri tidak faham apa itu wan Malaysia, kerana kalau beliau faham, tentulah konsep ini akan dipromosikan dalam interviewnya dengan utusan Malaysia yang mencetuskan kemarahan kaum Cina tersebut.

Juga konsep wan malaysia ini kelihatan sangat goyah dan tidak difahami oleh orang UMNO sendiri apabila timbul suara suara dan cakap cakap daripada kalangan mereka bahawa UMNO tidak perlu beri muka kepada tuntutan orang Cina dan India yang pada pandangan mereka melampau dan tidak dapat diterima. Dalam membariskan jemaah kabinet, PM sendiri pun entah faham entah tidak apa yang beliau sendiri maksudkan dengan wan Malaysia itu, kerana pada penilaian masyarakat bukan Melayu, barisan kabinet tidak membayangkan wan Malaysia.

Perhatikan pula apa yang dihamburkan oleh Ibrahim Ali. Dia menyeru orang Melayu bersatu; bersatu di sini adalah satu smoke screen yang memberi isyarat undilah UMNO; sebab katanya kalau semua orang Melayu dalam parlimen bersatu, maka cukup untuk membentuk satu kerajaan piau melayu. Lihat, si mamat ni lagilah tidak faham konsep wan malaysia ini.

Jadi, kalau semua orang tidak faham konsep wan Malaysia ini, untuk apa ia dipromosikan?

Saya rasa tentulah untuk mengikut jejak Islam Hadhari.

Islam hadhari dikuburkan, diikuti oleh penciptanya.

Wan malaysia juga nanti akan dikuburkan, dalam jangkamasa tidak begitu lama lagi.

Siapa yang akan mengikutnya masuk ke dalam kubur?