Thursday, April 9, 2009

PAS MASUK KABINET NAJIB

Assalamualaikum,

Masjid ArRahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Bersebelahan Universiti Malaya. Di Masjid ini sekarang ada sekolah ugama yang mendidik anak anak dalam kariahnya tentang Islam.

Pada peringkat awal penubuhan sekolah agama ini, murid murid sekolah mengenakan samping hijau dan baju putih bagi lelaki dan kain hijau baju putih bagi perempuan.

Kemudian datang arahan yang memaksa semua pelajar menukarkan pakaian seragam mereka yang berwarna hijau kepada warna merah. Dan pakaian ini kekal sehingga hari ini.

Mengapa arahan memaksa pelajar tukar warna kepada merah? Sebabnya ialah pada orang UMNO hijau itu adalah PAS. Oleh kerana kebencian mereka yang teramat sangat kepada PAS, apa juga yang berwarna hijau digeruni dan ditakuti mereka. Semua yang hijau itu PAS, bagi mereka.

Sehingga pernah seorang ahli majlis sebuah PBT disarankan supaya mengecat semua daun daun pokok dengan menggunakan cat selain warna hijau, kerana pokok pokok sokong PAS.

Tiba-tiba sahaja dalam kebencian UMNO kepada PAS dan warna hijau, Najib bawa PAS masuk kabinetnya.

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)


Dah buang tabiat ke?