Monday, April 6, 2009

SITI NURHALIZA N DATUK K TELAH BERI ISYARAT

Assalamualaikum,

Walau punDatuk K telah menafikan bahawa beliau dan Siti telah masuk PAS, namun kunjungan mereka untuk bertemu salah seorang revered didunia telah memberi satu isyarat yang sangat jelas kepada generasi muda dan peminat mereka.

Isyarat mereka atau mesej mereka kepada peminat mereka dan generasi muda ialah, beri undi anda kepada PAS. Siti dan suami telah berjumpa dengan Tok Guru, maka itu adalah tanda bahawa dari tarikh mula kunjung hormat tersebut, go, undi PAS !

Datuk K, Siti nafi sertai Pas

KUALA LUMPUR 5 April - Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai Pas.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang UMNO dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Khalid berkata kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.

"Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti dalam majlis sebelumnya.

"Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang untuk melawatnya lebih-lebih kami diberitahu boleh melawat beliau di pejabat," katanya.

Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah. - BERNAMA