Semakin hari semakin mengegar suara rakyat inginkan DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula di negeri tersebut. Tekanan terhadap istana semakin memuncak sekarang, samada datangnya dari rakyat marhaen, ngo, parti politik atau badan badan yang peka dengan perjalanan politik negara.Semua survey yang dilakukan oleh pelbagai pihak menunjukkan seluruh rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya semula diadakan.
UMNO/BN sekarang berada dalam dilema yang sangat besar. Dan mereka tidak punyai pilihan yang banyak. Kesan daripada pilihanraya Bukit Gantang menunjukkan bahawa UMNO sememang ditolak oleh rakyat, dan seperti yang dijangka oleh ramai pemerhati politik, sekiranya pilihanraya negeri Perak diadakn sekarang, maka UMNO/BN akan bungkus dan kaput.
Pilihan yang ada mungkin mereka akan sedia menggadaikan tiga ekor katak yang melompat tempoh hari, dan adakan tiga pilihanraya kecil DUN sahaja. Ini akan mengelakkan pilihanraya menyeluruh bagi Perak. Masalah bagi UMNO ialah, sekiranya tiga ini dikorbankan, maka mereka masih lagi mungkin tidak boleh menang, kerana meluapnya perasaan benci pengundi kepada ketiga tiga makhluk ini.
Ada juga pendapat dalam UMNO yang mengatakan mereka boleh menang di Changkat Jering dan Behrang memandangkan majoriti pengundi adalah orang Melayu, dan orang Melayu masih lagi menyokong UMNO di Perak. Tetapi mereka yang setuju dengan aliran pemikiran begini masih lagi tidak begitu yakin, kerana tiada apa apa jaminan yang orang Melayu dalam kedua dua DUN ini akan terus kekal menyokong UMNO walau apa pun onar dan cemar yang dilakukan oleh parti tersebut.
Satu lagi dilema UMNO ialah sekiranya pilihanraya diadakan, sama untuk 3 DUN sahaja atau keseluruhan Perak, di manakah hendak diletakkan yang tiga ini. Dua daripada mereka telah dipalit dengan tuduhan rasuah, yang menjadikan sebab besar mereka ini perlu diketepikan daripada senarai calon. Lebih besar lagi ialah sekiranya mereka diletakkan bertanding di mana mana DUN sekali pun, kemarahan rakyat yang amat sangat akan menghamput mereka. jadi, dalam apa suasana sekali pun, sekiranya berlaku pilihanraya di Perak ketiga tiga ini pasti diketepikan.
Ini juga menggusarkan UMNO/BN, sebab, kerana hotak mereka telah sentiasa kotor dan bolor, mereka sentiasa memandang, kalau kalau ada lagi yang nak lompat ke parti mereka. Sekiranya yang telah lompat ini diketepikan, maka siapalah nanti yang terliur untuk lompat ke dalam UMNO/BN kerana nasib yang tiga ini pasti akan jadi pengukur penting.
Jadi, satu satunya cara untuk UMNO/BN kekal sebagai perampas kuasa rakyat ialah dengan mengadakan undi tidak percaya. langkah pertama ialah mahkamah kena isytihar Zambry menteri besar sah dan benar dan ori. Bila itu terjadi, yang lain akan menjadi mudah.
Atau dengan melanggar undang undang dan perlembagaan, buat sidang tergempar.
Perhatikan perkembangan dalam minggu ini.