Monday, May 18, 2009

MINGGU INI AKAN MENYAKSI BN MENDERA ATAU MESRA

Assalamualaikum,

Diingatkan sekali lagi bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan bagi memulihkan demokrasi dan perjalanan undang undang serta perlembagaan di negeri tersebut.

Minggu ini akan menyaksikan sama BN mendahulukan rakyat atau mendahulukan tembolok mereka yang pelahap. Adakah slogan wan malaysia, rakyat didahulu dan prestasi diutama dihayati oleh mereka atau itu sebagai satu smoke screen untuk mengabui mata rakyat.

Beberapa peristiwa minggu lepas sepatutnya menunjukkan kepada kita bahawa BN sedang merancang sesuatu, dan kelihatan semua instrumen negara berkomplot menjayakan rancangan mendera rakyat ini.

Kita hairan dan tertanya tanya bagaimana permohonan Zambry untuk stay of execution keputusan mahkamah tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah diproses dalam masa 3 jam dan keputusan dibuat oleh seorang sahaja hakim, dan hakim tersebut tidak pun memberi apa apa penerangan bagaimana ia mencapai keputusan tersebut.

Kita juga tercari cari apa yang tersirat apabila permohonan rayuan Nizar untuk membatalkan penghakiman stay of execution telah ditunda daripada 18/5/2009 kepada 21/5/2009.

Juga kenapa Zambry menjadi minyak emas yang ditatang oleh semua instrumen negara. Adakah instrumen tersebut bekerja dan dibayar gaji oleh BN atau bekerja untuk negara dan dibayar gaji oleh perbendaharaan negara?

Apabila Nizar diisytihar MB sah, maka, walau pun dengan kebenaran mahkamah, sesiapa sahaja yang berlakon sebagai MB Perak tetap bernilai tidak sah.

Adakah semua instrumen negara sengaja melanggar undang undang?

Atau mereka telah lemas dalam kekusutan ini sehingga tidak lagi mampu membeza antara nasi dengan tahi?

Sehingga dengan pelahap membaham tahi?