Tuesday, May 19, 2009

DUN PERAK BUBAR!

Assalamualaikum,


Semua petunjuk sekarang menuding kepada pembubaran DUN Perak. Ia mungkin dilakukan sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan mengenai rayuan Zambry bahawa dialah sebenar benar dan benarnya menteri besar Perak.

Samada keputusan rayuan tersebut menyebelahi Zambry atau pun tidak, apa yang jelas ialah DUN Perak akan dibubarkan. Kalau Zambry menang pun, BN akan mohon perkenan bubarkan DUN Perak.


Sebabnya? Sonang yo, pilihan yang ada pada UMNO/BN ialah tutup kedai daripada menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya bisnis dijalankan kerana ego dan kedegilan. Sekurang kurang ia dapat meminimakan kerugian.