Friday, June 19, 2009

DILARANG MAIN FISIDI

Assalamualaikum,

Hampir terperanjat besar saya bila diberi tahu oleh pegawai di kedutaan Malaysia di Jakarta bahawa apa yang saya cuba lakukan boleh menjadi perangkap memerangkap diri sendiri kerana melakukan human traficking. Sekiranya anda mengambil pembantu rumah Indonesia, ia mesti dilakukan melakui agensi, kalau anda lakukan secara bersendirian kononya untuk menjimatkan kos, anda boleh terjerat dengan human traficking, kerana peraturan Indonesia tidak membenarkan lagi pengambilan TKI, tenaga kerja Indonesia dilakukan tanpa menggunakan agen.

Semasa berurusan di kedutaan Malaysia di Jakarta juga berlaku demo dihadapan kedutaan tersebut, kerana sebahagian rakyat mereka marah dengan isu penderaan TKI Siti Hajar, kes Manohara dan kes Ambalat.

Dalam penerbangan balik, terdengar peringatan daripada petugas penerbangan: dalam penerbangan ini dilarang main sidi, fisidi, difidi, tifi, fidio, henpon genggam....

Pada hari rabu 17/6 terima sms daripada albrangi menceritakan TGNA suruh Nasharudin Mat Isa keluar PAS, berhenti jadi ahli parlimen Bachok dan itu dan ini.

Bila saya update diri saya dengan makluman terkini, maka banyak maklumat yang saya ketahui. Membaca tulisan dalam pelbagai blog, menilai tulisan Lim Kit Siang, meneliti statement ustaz Idris Ahmad, membaca peristiwa 10 ahli parlimen PAS, baca yang pro dan baca yang kontra, baca statement Dr. Hatta Ramli, membaca posting terkini Ustaz Ahmad Awang, baca komen hingusan mohamad sayuti omar, membaca berita nasharudin Mat Isa kesaorangan, membaca tiada poster TGHH di manik Urai, baca sana dan baca sini, nilai sana dan nilai sini, maka saya masih lagi percaya dengan apa yang saya tulis sebelum ini di sini.

Dan penilaian saya: saya bersama pendirian TGNA