
Semua golongan ulama dan ustaz ini mempunyai peribadi dan akhlak yang diistilahkah sebagai immaculate. Cukup baik dan cukup kelas. Tetapi mereka bukan malaikat, mereka juga adalah manusia biasa.
Apabila mereka juga manusia biasa, maka, kadang kala, berlaku sedikit keterceburan ke dalam percikcokan manusia. Mereka juga berselisih pendapat di kalangan sesama ulama dan sesama ustaz.
Apabila ulama dan ustaz ini bertelagah pendapat, maka amatlah sukar bagi kami orang awam ini untuk melerai dan mententeramkan mereka. Kerana mereka semuanya pandai memetik sumber Al Qur'an dan Hadith, sedang kami hanya pandai berhujah tanpa sandaran nas. Tetapi kami tahu ada diantara mereka yang berada di kedudukan yang tidak betul, dan yang bertempat di kedudukan yang lebih betul.
Bagaimana harus kami terangkan kepada mereka?
Akhirnya, pertelingkahan tidak selesai sehinggalah membawa kepada akhir hayat. Inilah baji yang boleh memecah belahkan persatuan dan kesatuan.
Suasana ini sedang muncul semula dalam PAS. This is the wedge.