Friday, June 12, 2009

JINAK MERBUK

Assalamualaikum,



Kemenangan PAS dalam PRU yang lepas, dan dalam pilihanraya kecil baru baru ini adalah kerana berubahnya satu sikap. Sikap yang berubah itu ialah sikap liar kepada sikap jinak. Pengundi bukan Islam dan bukan Melayu selama ini berasa amat takut dan gusar untuk memberikan undi mereka kepada PAS. Tetapi ini semua telah berubah dengan berubahnya landskap politik Malaysia. Pengundi dalam kategori ini telah jinak dengan PAS.


Tetapi jinak mereka adalah daripada jenis jinak merbuk. Berani menghampiri kita, tetapi sekiranya ada sedikit kegemparan, walau semana lembut sekali pun, merbuk akan lari. Menjadikan pengundi ini jinak adalah sesuatu yang sangat sukar. Tetapi dengan rahmat dan kehendak Allah, jinak mereka telah menjadi.


Seperti merbuk, jinak ini tidak bersifat kekal kalau ia tidak dipupuk dan dibelai. Apatah lagi sekiranya ia digempar dan dihamput, bertambahlah tempiarnya. Mengapa ada pemimpin PAS yang tidak nampak tentang perkara ini, sehingga mereka berulang kali membuat kegemparan yang tidak membawa apa apa faedah.

Membuat bising dengan isu unity government akan mentempiarkan mereka. Pada ketika itu, PAS akan kembali ke status melukut.