Friday, January 22, 2010

PEKERJAAN HAJI .....19

Assalamualaikum,

Hudaibiyah


Gambar masjid Hudaibiyah ini terlindung oleh puluhan bas yang parkir ditepi jalan berhampiran dengannya semasa rombongan kami sampai di sana. Saya tak kuasa nak minta gambar dari pak cik google, jadi gambar ini kira ok la.

Hudaibiyah ini adalah salah satu lagi tempat untuk miqat atau memasang niat ihram. Anda sendiri carilah cerita disebalik Hudaibiyah ini, kerana ceritanya sangat masyhur. Ia berkaitan dengan rombongan Rasullullah s.a.w. terhalang daripada mengerjakan umrah oleh musyrikin Makkah.

Sekiranya anda pergi haji atau umrah, peluang untuk ziarah ke Hudaibiyah bergantung kepada pakej anda. Setahu saya kalau anda pergi secara muassasah, mungkin ziarah ini tidak disediakan, tetapi kalau anda pergi dengan pakej, biasanya pihak pakej akan memasukkan ziarah ke sini dalam itenarari.
Biasanya pihak pakej akan membawa jemaah ke ladang ternak unta sebagai sebahagian daripada ziarah. Di sana anda boleh minum susu unta fresh, yang dijual sebotol 500 ml SR5. Dalam tahun 2005, saya cuba untuk minum susu tersebut. Lebih kurang 1 jam selepas minum itu, perut saya menggelodak, dan rasa untuk ke toilet menusuk keras dan tidak boleh ditahan tahan lagi. Nasib baik pada ketika itu telah sampai di hotel. Dapatlah saya berlari dan melabur emergency.

Untuk menyiapkan diri bagi tujuan miqat di masjid ini adalah amat sederhana. Toiletnya terbatas bilangan, dan kadang kadang tidak ada air. Kawasan dalam masjidnya tidak begitu terurus. Nasib baik jumlah jemaah yang ke sini tidak begitu ramai semasa musim haji berbanding tempat tempat lain.

Dulu ada saya bertemu dengan seorang pemuda Melayu yang berasal dari Melaka yang berkidmat di masjid ini. Samada dia digaji atau sukarela , tidak saya pasti. Tapi pada musim haji kali ini petugas di masjid ini saya perhatikan ialah Bangla.