Saturday, January 23, 2010

PEKERJAAN HAJI.....20

Assalamualaikum,

Baitullah

Yang specialnya Makkah ialah Baitullah atau kaabah. Ia adalah satu binaan yang telah pada asalnya dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail, 'alaihumassalam. Ada lima perkara yang kalau kita lihat sahaja, kita dapat pahala:
1. Kaabah 2. Al Qur'an. 3. Kedua ibu bapa 4. Ulamak. 5 (aku dah lupa)

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.a. katanya setel;ah taufan Nabi Nuh yang telah meneggelamkan seluruh dunia, diangkat Baitul ma'mur yang dibina oleh Naib Adam a.s. kepada langit yang ke 6, maka Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. supaya pergi ke tempat bekas Baitulma'mur tersebut dan membina Ka'abah di atas tapak bekas Baitulma'mur.

Apabila Nabi Ibrahim pergi ke tempat tersebut, ia tidak mendapati bekas tapaknya. Allah lalu memerintahkan awan yang sama saiznya dengan Baitullah alharam. Awan ini berhenti pada tempat bekas Baitulma'mur dan kemudian memberi tahu Nabi Ibrahim supaya membina kaabah mengikut saiz awan tersebut.

Setelah selesai membina kaabah, Nabi Ibrahim telah tawaf 7 kali. Allah kemudian mewahyukan kepada Nabi Ibrahim supaya menyeru kepada semua manusia supaya mengerjakan haji ke Baitullah.

Nabi Ibrahim berkata bagaimana mampu sampai suara baginda; Allah mewahyukan:Menyeru itu adalah tugas engkau; menyampaikan adalah perkerjaan Allah.

Maka Nabi Ibrahim a.s. naik ke Jabal Qubais, ada pendapat yang mengatakan di Bukit Safa dan ada pula yang mengatakan di batu Maqam Ibrahim dengan menyeru: Wahai sekelian manusia, Allah memerintahkan kamu agar mengerjakan haji!

Maka menjawab akan seruan tersebut oleh manusia, jin, batu dan kayu dan bukit dan pasir dan tiap tiap yang basah dan yang kering dari masyrik hingga ke maghrib dan yang di dalam perut ibunya, dan yang di dalam sulbi bapanya dengan berkata:
Maka yang menjawab sekali, haji ia sekali. Yang menjawab dua kali, dua kali hajinya, dan yang menjawab lebih daripadanya maka haji ia atas qadar jawabnya.

Dipetik daripada kita Aljauharul Mauhub Wa Manbihatul Qulub oleh Syeikh 'Ali 'AbdurRahman Al Kelantani, ms 60-61



Wahai saudaraku, kau telah dengar seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk menunaikan haji, apa yang melengahkan kau lagi?