Sunday, January 17, 2010

PEKERJAAN HAJI.....16

Assalamaualaikum,

Tanaim

Masjid Tanaim

Sekiranya anda ikuti perbincangan saya dalam posting yang lepas, perkara pertama yang perlu dibuat apabila kita berhasrat menunaikan umrah ialah menyatakan niat atau memasang niat. Cuma untuk umrah, kalau kita ingin memasang niat umrah, niat tersebut hendaklah dilafazkan di tanah halal. Ada tempat tempat yang telah di designate kan untuk jemaah memasang niat.

Kalau kita berada di Makkah, maka biasanya tempat kita memasang niat atau miqat ialah Tanaim, Ja'ranah dan Hudaibiyah. Di tempat tempat yang dinyatakan ini terdapat masjid yang telah sedia dibina untuk memudahkan jemaah memasang niat.

Biasanya apabila kita berada di masjid masjid ini untuk memasang niat, anda boleh mandi sunat ihram, ambil wudhu', sembahayang sunat ihram atau sembahyang sunat sunat lain yang anda mahu, dan kemudian membaca lafaz niat, dan dengan itu anda telah masuk dalam suasana ihram.

Sekiranya anda tidak mahu sembahyang sunat, tetapi anda rasa cukup untuk memasang niat apabila anda telah berada di tanah halal yang ditentukan, itu pun boleh juga. Ada kumpulan dalam pakej saya yang memasang niat didalam bas sebaik sahaja bas memasuki kawasan tanah halal.

Apabila anda berada di Makkah, Tanaim lah miqat yang paling hampir, sekira 8 km. Untuk ke Tanaim, anda boleh mencari teksi, coaster atau vana tau prebet sapu. Kalau dengan van, pada masa bukan puncak, harga tambang biasanya SR 2, atau 2 riyal pergi dan 2 riyal balik. Musim Haji tambang tersebut boleh naik SR3 atau SR5. Pernah aku dapat satu GMC yang perenyukkan aku di tempat kargo dibelakang tanpa boleh dibuka lagi. Bila sampai Tanaim, dia yang bukankan pintu belakang tu, kemudian aku tanya:
Kam riyal? Asyarah!

Mak datuk! Musim haji ni kau ketuk aku habis habisan ye. SR10 dihentaknya aku. Balik pula kena SR5. Total pergi balik SR15. Nasib baik aku pergi seorang pada kli itu.

Masjid Tanaim juga dikenali sebagai Masjid Ai'syah, sebab Saidatina Ai'syah melakukan umrah beliau dari sana.

Jadi, kalau anda hendak buat umrah, pergilah ke Tanaim untuk miqat.



Kat sini ada aku buat video macam mana suasana masjid Tanaim. nak tengok, buka la.