Semasa saya kecil, persepsi dunia saya dibentuk oleh apa yang dipaparkan oleh media. Pada ketika itu media memainkan rasa takut dan gerun penduduk negara ini mengenai komunis. Memang sebahagian daripada zaman kecil saya Malaya pada ketika itu dalam pemerintahan darurat, iaitu satu bentuk pemerintahan yang khas guna untuk menghancurkan gerakan komunis yang telah cuba untuk merampas pemerintahan negara pada ketika itu.
Ditambah pula dengan zaman konfrantasi daripada Indonesia, yang mana pada ketika itu PKI, atau parti komunis Indonesia sedang rancak dalam bidang politik negara tersebut, dan nama DN Aidid memang busuk di kalangan rakyat Malaya dan Malaysia, sama seperti nama Chin Peng.
Maka kalau hendak menjatuhkan atau mengenakan seseorang, cara mudah ialah dengan melabelkan orang itu komunis. KAU KOMUNIS!Lepas tu tangkap. Ada yang kena sebegini dan juga kena sumbat dalam penjara, termasuk orang kanan menteri.
Tiba tiba Tun Razak lawat China. Persepsi yang selama ini busuk dan hanyir dan jijik terhadap komunis hancur berderai kerana pemimpin kata itu tidak lagi bahaya. Kemudian Malaysia buat pula hubungan dengan Rusia, beli senjata Rusia, beli senjata Poland dan macam macam lagi. Maka persepsi yang komunis itu jahat dan jijik dan malaun terus berderai.
Apa yang ingin saya kaitkan di sini ialah persepsi kita dan masyarakat dibentuk oleh media dan pandangan politik pada ketika itu. Kalau angin politik suka sesuatu itu, samada orang, personaliti atau isu, maka kalau dulunya ia busuk, maka dengan mentera politik, ia ditukar kepada lunak dan menyelerakan.
Sekarang, kalau nak dilabel seseorang itu sebagai KAU KOMUNIS bagi menunjukkan yang ia berbahaya kepada politik pemerintah, label tersebut tidak laku lagi. Maka exercise rebranding terpaksa dilakukan. Maka brand baru sekarang ialah KAU DAP!
Sehingga terbit satu buku yang berjudul bahaya DAP kepada negara