Apabila pembantu rumah sudah tiada ni hal hal yang berkaitan dengan house keeping menjadi beban kepada isteri. Dan memang rumah aku seorang pembantu rumah tidak terkendali segala kerja yang pelbagai.
Telah cuba iklan untuk cari pekerja. Namun respon sangat tidak membantu. Yang dapat ialah panggilan lucah dan virus yang serang hp. Kesihan isteri aku yang kadang kadang diganggu oleh pengilan lucah setiap kali menyiarkan iklan untuk mencari pekerja. Begitu juga aku kesihan terhadap sorang AJK P.A.S.T.I. yang bila diiklankan no hp nya untuk cari pekerja P.A.S.T.I., sering diganggu oleh panggilan lucah. Begitulah rosak dan hodohnya masyarakat kita pada hari ini.
Nak ambil pekerja dengan menggunakan khidmat agensi pula mereka tekan, hendak RM 7k. Itu pun tidak ada gerenti. Bila dah dibawa masuk, ada yang lari, ada yang buat macam macam problem.
Lama berfikir aku pun teringat untuk menggunakan saluran lama. Ia itu dengan menggunakan khidmat seorang tekong di Surabaya yang hanya aku kenali melalui telefon dengan nama Pak Muz...
Pak Muz... kata hantar RM 3,500.00. Dia sambung lagi, baru hari tu saya hantar 11 orang. Bila mendengar katanya itu hatiku kembang. Ada agaknya pekerja yang boleh dihantar.
Sekarang pekerja Indon boleh diambil sekiranya datang dengan tourist visa. Aku pun segera hantar RM 3,500.00 kepada Pak Muz..., dan kemudian tunggu.
Tunggu punya tunggu tiada jawapan. Bila aku call Pak Muz... dia jawab hari tu dia bawa seorang untuk medikal. Mengandung pula si minah tu.
Nantilah, kata, ada seorang lagi. Tunggu lagi. Pak Muz... sonyap aje. Aku call lagi, dia jawab, yang ini pula ada kencing manis.
Masa berjalan, sehingga masuk bulan puasa. Pak Muz... sonyap aje. Aku call lagi. Dia jawab semua calon yang nak ke Malaysia dah balik kampung sebab puasa dan nak menyambut raya.
Aku taulah keadaan yang sebenarnya. Di Indon pun nak cari pekerja yang mahu ke Malaysia sudah sukar didapati.
Dalam kepala aku tergambar RM 3,500.00 siap berkepak dan terbang di awangan.