.....sambungan daripada siri 8
Apabila Pak Muz... kata bakal TKI (merujuk kepada Tenaga Kerja Indonesia) semuanya dah kembali ke tempat masing masing kerana bulan puasa dan akan menyambut hari raya, aku dapat rasa duit aku akan terbang.
Tiba tiba si SITI Markona (bukan nama sebenar) memberi tahu bahawa anaknya ingin bekerja di sini. Maka si anak ini disuruh hubungi Pak Muz... untuk diuruskan paper work nya. Kenapalah dulu kau tak beri tau, kalau kau beritau nak kerja, tak perlu hantar RM 3,500.00 kepada tekong ni.
Si anak ni namanya WATIK. Dia perlu travel dari rumahnya di Banyuwangi, Jawa timur ke Surabaya, sama jaraknya antara KL dengan Kota Baru. Bila dah sampai di Surabaya, dia tidak bawa pula KTP (kad tanda pengenalan; macam ic kita). Balik semula ke Banyuwangi, dan kemudian kembali ke Surabaya. Kan ke multiple error tu.
Kemudian kami tunggu. Tunggu punya tunggu, tiada sebarang berita. Bila call Pak Muz... dia tidak boleh beritau si WATIK nak ke Malaysia berapa hari bulan, kapal terbang apa, flight no. apa.
Cuma dia sms, bila udah check in nanti dikabarin
Aku ingin tau, dia ni naik AirAsia ke? Si Watik ni kata MERPATI air. Turun di mana? LCCT ke, KLIA ke, Subang ke? Kalau tak tau di mana turun tak ke menjajau aku kena hayak nanti nak tunggu dia.
Tunggu punya tunggu, si WATIK ni sms emaknya SITI MARKONA yang dia akan datang 4 okt. Naik Merpati Air, turun di KLIA. Pada mulanya flight tu dijangka mendarat 2:00 ptg. Aku call KLIA, mereka maklumkan Merpati Air akan sampai jam 7:00 malam.
Bila dah dekat jam 7:00, call KLIA lagi, dia orang maklumkan, flight delay. Tak tahu bila sampai.
Lepas isyak bini aku dah siap sedia untuk pergi KLIA, aku relak lagi. Dia kata kenapa tak siap? Aku jawab percaya ke flight tu dah nak sampai?
Call KLIA lagi, dia orang bagi tau, flight merpati dijangka sampai jam 01:00 pagi. Mak datuk, dari asalnya 2:00 ptg jadi 01:00 pagi pulak daahh!
Akhirnya pesawat merpati tu mendarat jam 01:15. Kami tunggulah si WATIK ni keluar.
Tunggu punya tunggu tak ada. Tunggu lagi , tak ada. Sampai habis semua orang keluar, si Watik ini tak keluar. Emaknya sudah meleleh air mata. Jam dah 03:00 pagi
Aku tanya yang jaga information tu, dia tak layan, asyik bercakap telefon tak tahu dengan siapa. Selepas 20 minit aku paksa dia berhenti cakap telefon, dan tanya dia hal passenger tak keluar. Dia beri nombor imigresen yang didalam airport .
Bila aku call, pegawai perempuan yang sangat eksyen jawab: siapa nama pasenger? Aku Jawab WATIK HANDAYANI.
Watik kena tahan. Sekarang nak keluarkan dah lewat. Esok call boss saya di bangunan AMC no. tel 03-87763681
Puuh.