Monday, October 25, 2010

SATU ARTIKEL TERTINGGAL

Assalamulaikum,

Sepatutnya semasa merangka perlembagaan, satu artikel yang maha penting hendaklah dimasukkan, dan oleh kerana ia telah tertinggal, samada dengan sengaja atau tidak, maka padahnya sekarang kita rasai. Ia itu kita yang memperjuangkan asobiyah kepuakan dan ketuanan melulu dan mendiskriminasi mereka yang tidak sebulu dengan kita.
Dalam perhimpunan UMNO presiden kita telah pun sebut bahawa hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat dan telah terkunci dengan selamat dalam perlembagaan. Ia tidak boleh diubah oleh sesiapa pun melainkan dengan persetujuan raja raja. Jangan ada mana mana pihak yang cuba persoal ketuanan kita.
Tetapi , kalau ,mengikut logik presiden kita, kalau 153 dah selamat terkunci, maka maknanya tidak ada pihak yang mampu mengubahnya. Oleh itu, kalau sesiapa pun , atau parti mana pun membentuk kerajaan, 153 akan tetap selamat dan terjaga.
Kalau parti lain dan bukan UMNO membentuk kerajaan, 153 tetap selamat.
Ini kita dah tersilap ini. Sepatutnya dimasukkan satu artikel lagi.
Hanya UMNO sahaja yang boleh membentuk kerajaan.