Sunday, November 7, 2010

AJAU PAS MENARI

Assalamualaikum,

Seperti biasa bila kalah pilihan raya macam macam analsis yang keluar, semua tunjukkan analisis ini dan analsis itu. Semua tunjukkan ini sekian peratus dan itu sekian peratus. Semuanya setelah keputusan diketahui. Sebelum ada keputusan, sebelum ada penamaan calon, sebelum ada pilihanraya, tidak ada pun yang menyatakan macam mana nak menang pilihanraya, apakah faktor yang memberi kemenangan.

Politik, dan proses pilihanraya adalah satu exercise persepsi. Apa yang perlu ialah persepsi anda itu disolekkan supaya kelihatan menawan kepada pengundi, dan pengundi tidak keberatan untuk memilih anda atau parti anda. Itu sahaja.

Sekiranya BN menang di Galas dan Batu Sapi, ia adalah sesuatu yang bukan diluar jangkaan. Kalau BN kalah di Batu Sapi, itu adalah satu kejutan besau. Kalau BN kalah di Galas sedang Ku Li mengemudi jentera pilihanraya, itu adalah petaka bagi BN. Kalau BN menang di Galas, itu tidak berada diluar jangkaan.

Semua faktor yang telah dianalisis oleh semua penganalisis tentang mengapa PAS kalah di Galas, saya tidak tolak. Cuma apa yang saya ingin beri pimpinan PAS paham, kalau mereka mau paham ialah tidak semua pengundi mempunyai keinteletualan tinggi sehingga memahami filosofi perjuangan PAS yang berteraskan 'aqidah. Untuk memilih PAS dalam pilihanaraya berdasarkan perjuangan PAS memerlukan tahap keinteletualan yang tinggi dan ia sangat akademik. Yang memisahkan antara PAS dan UMNO adalah satu pemisah yang sangat akademik. Tidak semua pengundi yang mampu berada ditahap yang sedemikian.

Kebanyakan orang dan pengundi lebih mementingkan perut dan material. Kalau PAS boleh isi perut mereka secukupnya, dan boleh mendatangkan kemajuan material kepada mereka, maka PAS menjadi pilihan mereka. Maka apa yang PAS perlu lakukan ialah menyolek diri mereka agar kelihatan berjaya mengisi perut dan memajukan material pengundi.

Untuk lakukan ini, kerajaan PAS seperti di Kelantan dan Kedah hendaklah boleh membuat duit. Buat duit banyak banyak. Bukan ambil duit dari rakyat dan mengenakan cukai cukai kepada rakyat. Untuk buat duit inilah pemimpin PAS bengang. Tidak tahu macam mana caranya. Pernah saya nyatakan perkara ini kepada pemimpin ranking PAS kira kira lima enambelas tahun yang lepas, tetapi pandangan awal beliau amat negatif sekali, sebab katanya, kita tidak boleh buat itu dan kita tidak bolehbuat ini sebab riba'. Itulah namanya pemimpin benak. Bukan kah Islam sediakan fiqh? Majukan fiqh semasa agar kemajuan dicapai, riba' dikecai.

Kelantan dan Kedah punyai ribuan potensi yang membolehkan kerajaan negeri masing masing buat duit dengan banyak. Dalam tulisan yang dulu dulu saya dah cadangkan agar ajak dewan perniagaan Cina untuk beri pertunjuk bagaimana nak buat duit. Tentunya dengan jalan yang halal. Saya cadangkan sedemikian adalah kerana mereka yang punyai business acumen sahaja yang mampu melihat disebalikm tabir bagaimana untuk buat duit.

Bila dah buat duit, belanjakan untuk kemajuan material rakyat. Rakyat yang sememang menari dengan rentak material, maka kemajuan material yang perlu digunakan untuk menyolek persepsi parti dan perjuangan.

Menari jenis ini memang perlu diajau