Monday, November 8, 2010

STRANGULATED HERNIA

Assalamualaikum,

Perut merupakan tempat yang sentiasa mengajak kita kepada memenuhi kehendak tekak. Bila perut lapar, tekak akan mengajak kita makan apa yang kita suka dan teringat untuk makan. Itulah penangan perut.

Juga ada orang yang bukan sahaja suka mengisi perut, tetapi suka juga makan perut. Semasa bujang dan menyewa rumah di No. 17 Jalan Gegambir, Medan Damansara, Kuala Lumpur, seorang housemate yang namanya Rahman, suka sangat makan perut. Kalau makan satey, dia akan order satay perut setiap kali. Ada sekali aku cuba cuba makan satey perut tu,... pruuut, aku ludahkan semula yang telah terkunya sedikit. Bau tahik. Macam mana kau  boleh makan, Man?

Aku tidak tahu Rahman ni hidup lagi atau pun tidak.

Ada juga orang yang suka makan perut ayam. Yang ini lagi teruk. memang betul betul bau tahi.

Raja Mokhtarudin, bekas pensyarah, akan berasa amat menyesal sekiranya terkunyah perut yang dibuat makanan.

Nov. 2006, aku sekeluarga menziarahi keluarga sebelah isteri di Paya Kumbuh, Sumatra. Tiba di satu rumah, kami dijamu dengan masakan perut lembu campur nangka. Aku sememang tidak makan perut, jadi lauk itu tidak ku jamah. Tetapi seluruh keluarga aku makan lauk tersebut. Apabila kami sampai di Baruh Gunung, si Adik muntah muntah. Kemudian diikuti oleh anak kecil si tuan rumah yang menjamu tadi. kemudian diikuti oleh yang lain lain. Seluruh keluarga aku kena cirit birit, melainkan aku. Semua nya mengatakan makan lauk perut itu tadi.

Tau lah aku, perut yang dijadikan bahan masakan tadi tidak dibersihkan dengan secukupnya. Hasilnya ialah keluarga aku yang menerima padah.

Itulah sebabnya aku tidak makan perut; sebabnya ialah ia tempat tahi.

Jun 2008, semasa mengerjakan umrah, perut ibu aku membusung keluar. Dengan taqdir Allah, dapat cepat diselamatkan dengan dilakukan operation besar di hospital AnNur di Makkah.

Yang dibedah ialah perutnya. Terbelit dan membusuk.

Aku lihat dalam laporan discharge, bukan dia kata potong perut, tapi....

Strangulated hernia