Sunday, June 19, 2011

AKURAJA COMPLEX

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa bersekolah di MCKK, seorang senior, aku rasa namanya Kassim Ahmad (bukan Kassim Ahmad sosialis tu) menamakan satu keadaan selesa di kalangan pelajar MCKK pada masa itu, sekitar 1969, sebagai victory complex, kerana MCKK pada masa itu masuk perlawanan menang, debat menang, akademik menang. menang dan menang.

Puas aku tercari cari apa itu makna complex yang dimasksudkan kassim tu, lama baru aku faham bahawa itu adalah satu keadaan bagaimana seseorang itu menganggap dirinya. Kalau dia rasa dia besar, maka itu adalah superiority complex, kalau dia jenis menikus itu adalah inferiority complex. Aku namakan ini sebagai anggapdiri.

Dulu ada aku dengar ada orang kata subsidi kerajaan itu candu, tau la aku dia nak meniru Karl Marx yang mengatakan ugama itu candu kehidupan. Tetapi ada satu lagi candu yang mereka tidak bincangkan, iaitu rasa lazat memegang kuasa. Candu ini mambawa satu complex yang aku namakannya akuraja complex. Maksudnya di sini ialah dalam apa jua suasana, yang berkuasa, yang punya kuasa pemutus tanpa boleh dicabar ialah aku, aku dan aku sahaja.

Akuraja complex ini tidak tahan kepada perbezaan pendapat atau pandangan alternatif. Hanya pendapat dia, dan kehendak dia sahaja yang terpakai, pandangan orang lain semuanya hampas belaka. Sebab itu apabila BERSIH ingin mengadakan perhimpunan untuk menyedarkan semua pihak peri pentingnya perjalanan pilihanraya negeri ini bersih, dan tidak selongkang seperti di negeri MUGABE, maka kita saksikan mereka yang terjerat dengan akuraja complex ini melenting dan melompat dan mencangkung agar perhimpunan ini dibatalkan. Sebabnya? akuraja complex tidak dapat meraikan perbezaan pandangan.

Tetapi sekiranya ada demonstrasi yang menyokong dan mendokong akuraja complex, seperti demo kepala lembu, demo makcik tuntut DNA lelaki Y, demo perkasa, demo kononnya anti agihan wang judi P.Pinang dan sebagainya, kesemua itu adalah dalam endorsement akuraja complex, dan dibenarkan malah digalakkan.


Dalam program LL4G, Life Line For Gaza, Mat Sabu dipaksa batalkan jemputan, kerana akuraja akan hadhir. Dalam isu kemanusiaan pun akuraja complex ini tidak akan ada sifat toleran.


Sedangkan demokrasi itu sendiri mempromosi perbezaan pendapat, sebab itu ada pelbagai parti politik. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya negara ini mempaksikan amalan satu parti sahaja, patuh kepada satu pendapat sahaja, dan akur kepada satu arahan sahaja, kerana

Aku adalah raja