Selalu dalam perjalanan ke tempat kerja, sekiranya perlu, saya akan berhenti di satu stesen minyak sebuah R&R. Bila berurusan di kaunter, orang indon bilang loket, aku lama kelamaan mengenali seorang pekerja perempuan indon. Namanya aku tidak tahu.
Tahun lepas, semasa melilau mencari pembantu rumah, aku berikan kad (kartu) bisnis kepada dia, dengan meminta jasabaiknya kalau kalau boleh mencarikan calon pembantu rumah. Dia bilang dia pun mau balik ke indon. Cuba lah, kataku.
Dua tiga hari lepas, aku jumpa dia sekali lagi di stesyen minyak tersebut. Lama kau tidak ada, kata ku. Saya cuti lapan bulan, jawabnya.
Bagaimana kau boleh cuti begitu lama, tanya ku.
Saya ada IC
Jawab dia selamba
Bagaimana kau boleh cuti begitu lama, tanya ku.
Saya ada IC
Jawab dia selamba