Thursday, October 16, 2008

BERILAH KERIS PADA IBRAHIM ALI

Assalamualaikum,


Timbul cerita pasal Ibrahim Ali lagi; saya dah tulis satu artikel mengenai beliau, dan ada blog lain juga yang membincang hal orang ini kat sini, dan juga kat sini. Saya berpendapat tindakan TGNA membenarkan IA bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir adalah betul, walaupun ia menunjukkan PAS mengaplikasi budaya tok lebai pada orang tersebut.
Apa yang ingin saya cuba beri faham di sini ialah tindakan TGNA adalah tindakan yang dikenali sebagai layered atau pun veiled. Tindakan seperti selalunya dibaca oleh orang kebanyakan hanya dengan melihat dan menilai face value nya sahaja. Tetapi lapisan di bawah tidak mudah ditelah. Kita akan hanya tahu apabila sehelai demi sehelai atau selembar demi selembar peristiwa dirungkai dan keadaan sebenar sedikit demi sedikit menjadi terserlah.
Apa yang ingin saya beri tahu ialah IA ini bukan sepanjang masa tidak berguna untuk PAS dan PR. Dia ada kualiti tertentu yang berguna. Jadi, daripada diseranah dan dinista beliau, maka adalah lebih baik beliau dijadikan senjata. Berikan beliau keris. Berikan beliau rpg. Berikan beliau M16. Acah beliau supaya senjata itu beliau gunakan untuk menikam musuh politik PAS dan PR. Biar dia bersilat, biar dia menikam, biar dia menghamput, tetapi kita yang corongkan hamputannya itu kepada UMNO. Di sinilah perlunya political skill. Untuk kutuk senang, untuk perlekeh senang, tetapi untuk jadikan si mamat ini aset itu yang susah.
Jadi di sini, PAS Pasir Mas, dan PAS secara umum ada tugas yang menguji kemahiran berpolitik mereka. Jadikan IA itu senjata kamu, supaya dia bersilat dan menikam musuh kamu .
Termampu lakukan sedemikian?