Monday, October 13, 2008

GEMPAR! (kerana ia tidak gempar)

Assalamulaikum,


Sekiranya pada saat ini anda tidak tahu siapakah presiden UMNO yang baru nanti, siapakah timbalan presiden UMNO yang baru nanti, siapakah ketua wanitanya, siapakah ketua pemudanya, siapakah yang akan mengisi jawatan jawatan seterusnya, maka anda tidak pandai baca politik.
Sebab kesemuanya itu tidak penting, tidak penting kerana ia sesuatu yang mudah dibaca dan mudah ditelah. Yang lebih penting ialah implikasi kepada politik negara apabila mereka ini mengisi kawatan yang dipertandingkan.
Saya sangat risau sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri atas tiket UMNO dan kami berada dalam saf perjuangan melawan arus UMNO. Saya risau pada ketika itu kerana Anwar Ibrahim boleh menjadi imam solat . Beliau boleh berkhutbah. Selalu saya katakan kepada Al Brangi, sekiranya Anwar Ibrahim berkata ittaqullah di atas mimbar khutbah, maka melarah undi yang akan berpusing kepada UMNO.
Orang yang akan mengisi jawatan yang dipertandingkan dalam UMNO untuk siri ini tidak akan mengatakan ittaqullah diatas mimbar khutbah. Generasi yang mereka pancing semakin mengecil, ditambah dengan pelbagai palitan di tatoo didahi mereka. Saat pupus semakin menghampiri mereka.
Apa pun yang berlaku, siapa pun yang dipilih, tiada kegemparan yang akan terukir.