Salah satu makanan yang perlu dihidangkan kepada pendokong ideologi nasionalisme ialah kebencian. Semakin ekstrim perasaan nasionalisme itu, seperti pengapi apian ketuanan melayu, maka semakin besar dan mendalam rasa kebencian yang mesti dicipta untuk membolehkan pendokong nasionalisme itu terus mendapat sokongan.
Isu yang berkisar di sekitar YB Teresa Kok adalah satu usaha terancang untuk menimbulkan rasa benci ini, kerana, pada perkiraan mereka, kalau rasa benci kepada Teresa Kok boleh dibangkitkan, maka sokongan kepada DAP akan dikurangkan dan dengan itu sokongan kepada PR juga boleh dikurangkan. Jadi satu satu caranya ialah timbulkan atau cipta rasa benci ini.
Cerpen Chamil Wiraya 'politik baru YB J' dan sajak 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu (Panggak Binasa Terlajak Kata) ' adalah menifestasi usaha yang dilakukan oleh semua yang mendokong fahaman bahaya nasionlisme ini untuk menimbulkan rasa benci terhadap mereka yang dianggap lawan dan bukan di kalangan kumpulan mereka.
Sebenarnya yang mendatangkan masalah, yang bersifat sangat perkauman, yang meniupkan apa persengketaan adalah mereka yang beriman dengan fahaman bahaya yang dikenali sebagai nasionalisme ini.
Yang menindas ialah mereka. Yang mendiskriminasi adalah mereka. Yang merompak harta negara adalah mereka. Yang menipu adalah mereka. Yang jadi lanon adalah mereka. Yang menyebabkan masaalah sosial adalah mereka. Yang merosakkan Islam adalah mereka. Lihat akhir cerpen yang diperkatakan. Yang jadi teroris adalah mereka. Yang ganas adalah mereka. Yang mendera adalah mereka . Yang menculik adalah mereka. Yang rasuah adalah mereka.
Yang kena ISA rakyat marhaen.