Nak beri semua orang faham bahawa orang luar Kelantan, yang mendokong perjuangan Islam dan menyokong PAS adalah amat kasih dengan negeri Kelantan selama mana ia diperintah oleh PAS. Kalau mereka tidak boleh memberi sumbangan dalam bentuk material, sumbangan dalam bentuk idea pun adalah sesuatu yang harap harap dapat dihargai oleh orang Kelantan.
Apabila PAS memerintah Kelantan, salah satu tugas berat yang mereka perlu sedar dan perlu berusaha untuk menjayakannya ialah mencipta pekerjaan. Sebelum daripada ini saya telah pun memberi pandangan mengenai perkara berkaitan.[lihat sini]. Jadi tugas wakil rakyat bukan sahaja berbincang hal politik, tetapi memikir bagaimana nak beri rakyat di bawah tadbirnya itu pekerjaan.
Saya rasa langkah pertama telah mula dilaksanakan apabila bermulanya Projek Perintis Tanah Padi Terbiar di kampung Jal Besar, Tumpat. Projek ini mengusahakan tanah yang telah ditumbuhi oleh rumput menerong dan digantikan dengan padi. Dalam tahun 1991, dalam satu pertemuan dengan pimpinan Kelantan, saya telah cadangkan perkara yang serupa, tetapi dari raut muka mereka yang di sekitar tuan guru, kelihatan cadangan saya itu menyusahkan sahaja.
Hari ini The Star melaporkan bagaimana mereka yang tinggal di luar bandar di Miri, mengusahakan tanah terbiar di sekeliling kediaman dengan menanam pelbagai tanaman. Semasa saya berada di Jepun, saya lihat setiap inci tanah mereka yang terbiar diusahakan dengan pelbagai tanaman.
Apabila ada usaha seperti ini, maka pekerjaan dicipta. Apabila pekerjaan dicipta, maka rakyat akan punyai pendapatan, dan dengan itu rakyat boleh mengecap kesejahteraan. Bayangkan kalau semua tanah terbiar di Kelantan diusahakan dengan pelbagai tanaman, berapa banyakkah pekerjaan yang boleh dicipta. Bayangkan kalau bidang pertanian jenis tanaman ini dicambahkan lagi dengan lebih banyak tanaman.Bayangkan pelbagai aktiviti lain digerakkan dalam sektor pertanian, seperti penternakan, perladangan, hortikultur dan lain lain lagi. Bayangkan kalau sektor sektor lain juga digerakkan seperti pengangkutan, pelancongan, pembuatan, industri dan lain lain lagi, maka dengan itu ekonomi akan berkembang dan kemakmuran dapat dikecap rakyat.
Baru le orang tabik sama PAS.