Wednesday, November 12, 2008

RAFIDAH DAN MR X

Assalamualaikum,


Ketagihan dan keterliuran jawatan memang menjadi asam garam kepada mereka yang berkecimpung dalam politik. Melainkan anda berkecimpung dalam politik Islam yang diasaskan kepada taqwa.
Saya lihat kemelut yang sedang melanda Wanita UMNO sekarang ini adalah berpunca daripada ketagihan dan keterliuran jawatan politik. Seperti yang dibayangkan oleh mereka yang faham tentang perjalanan Wanita UMNO ini mungkin Rafidah masih ketagihan dan keterliuran jawatan politik yang menyebabkan timbalannya Sharizat berada dalam keadaan dilema sekiranya plan peralihan kuasa Rafidah dilaksanakan.
Kita tinggalkan mereka dengan kemelut itu.
Saya hendak menceritakan perihal bagaimana pengalaman setelah saya melepaskan jawatan politik. Saya pernah memegang jawatan YDP sebuah kawasan parlimen, yang kemudian saya lepaskan. Semasa memegang jawatan, ramai ahli yang hormat dan patuh dengan arahan yang diberi.
Suatu hari, setelah lama melepaskan jawatan, saya menghadhiri satu majlis kenduri kawin. Lalulintas ke kenduri tersebut dikendalikan oleh unit amal. Sebaik menghampiri majlis, saya ternampak seorang petugas yang memang berbakat menjaga lalu lintas. Kita namakan dia Mr.X.
Sesampai dekat Mr.X, saya memberi salam kepada dia sambil saya dalam kenderaan. Mr.X tidak menjawab salam saya. Saya berkata dalam hati, mungkin Mr.X, tidak dengar salam saya. Untuk lebih pasti saya gerakkan kenderaan betul betul depan Mr. X, dan memberi salam kepada dia. Dia tidak jawab juga. Saya beritahu isteri, mungkin dia tidak dengar sebab sibuk mengarahkan lalu lintas. Tetapi saya masih tidak puas hati.
Saya kemudian parkir kereta di satu sudut, dan keluar dari kenderaan menuju ke Mr.X. Saya berdiri betul betul depan Mr.X, dan kata assalamualaikum. Mr. X buat dek aje, dan terus mengarahkah lalulintas.
Lepas, itu saya ajak isteri: baiklah kita pergi makan! memang dia tak mau jawab salam!
Kalau anda pernah pegang jawatan politik, bila sampai masa melepaskannya, jangan pula timbul rasa ketagihan dan keterliuran!