Saturday, January 3, 2009

SETUJU LANCAR ROKET KE TIDAK?

Assalamualaikum,


Alasan Israel menyembelih orang Islam di Gazza sekarang ialah kerana Hamas melancarkan roket ke dalam wilayah Israel. Mereka berkata, mereka punyai hak untuk melindungi warga negara mereka.


Apabila mereka berundur dari Gazza 3 tahun lalu, mereka bukan berundur secara mutlak, tetapi mereka suffocate penduduk Gazza dari segala sudut. Dan mereka terus memerangi penduduk Gazza dengan cara membunuh dan menghentam secara militari. Tindakan mereka ini tidak pernah dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.


Tindakan mereka membunuh, mencedera, menawan, memenjara dan segala bentuk kekejaman lain terpaksa dilawan oleh kumpulan Palestin melalui Hamas dengan melancarkan roket terhadap wilayah Israel. Tindakan ini pula mengundang pukulan keras dari Israel.


Apa pendapat anda, patut atau tidak pejuang Islam di Gazza melancarkan roket di dalam wilayah Israel?