Thursday, February 5, 2009

BACAAN SEMASA POLITIK PERAK

Assalamualaikum,


Beberapa kemungkinan boleh timbul hasil daripada perrtemuan Najib dengan Sultan Perak;

1. Kemungkinan yang paling besar ialah Sultan tidak memberi restu untuk pembubaran dewan.

2. Ini akan menjerumuskan Perak ke kancah gelegak politik yang tidak menentu.

3. Sekiranya opsyen (1) di ambil, dan tiada masalah lain timbul, maka dewan undangan Perak perlu bersidang.

4. Dalam persidangan tersebut, BN mengemukakan undi tidak percaya kepada kerajaan PR, dan sekiranya cukup untuk, maka kerajaan PR jatuh.

5. Tetapi sekiranya ada injunction dan perkiraan mahkamah diheret sama, maka perpindahan kuasa dari PR ke BN tidak semudah itu, dan kemelut politik yang berpanjangan boleh berlaku.

6. Sekiranya berlaku kemelut ini, imej yang rosak ialah imej Najib, kerana beliau dilihat sebagai pemain utama kepada lakonan ini.

7. Pilihan terbaik Sultan ialah membubarkan Dewan Undangan Perak.

8. Samada itu opsyen yang disukai atau tidak, tetapi itulah opsyen terbaik untuk rakyat Perak.