Friday, February 6, 2009

KEBUSUKAN YANG MESTI DIHENTIKAN

Assalamualaikum,

Sisa perjuangan yang dikobarkan oleh Nizar biarkan pihak perundangan menentukannya. Tetapi apa yang ingin diketengahkan di sini ialah setelah 50 tahun mengamalkan demokrasi, pemurnian proses tersebut bukan semakin dihampiri, sebaliknya semakin dicemari.


Seorang pengacara politik di sebuah saluran tv nenamakan apa yang berlaku di Perak sebagai pematangan proses politik di Malaysia. Analoginya ialah, sekirannya anda perlu membeli sesuatu barang, tidak kira dari mana ada dapat wang, asalkan dapat wang, maka segala tindakan yang anda lakukan untuk mendapatkan wang tersebut tidak dipersoalkan. Asalkan anda punyai amaun yang mencukupi, semuanya direstu.


Perkudaan terhadap instrumen negara jelas diguna dan disalah guna untuk mencapai tujuan ini, seperti yang berlaku pada politik Perak.

1. Memerangkap individu dengan tuduhan rasuah, untuk kepentingan politik, bukan kepentingan negara.

2. Instrumen negara yang berkenaan diperkuda

3. Tawaran rasuah yang bertaburan, tidak disiasat, kerana sogokan dan janji sogokan adalah untuk kepentingan parti dan individu tertentu. Dibiarkan

4. Impartiality SPR sukar didapati.

5. Instrumen negara pelbagai yang lain turut diperguna untuk memastikan nombor yang dikehendaki di Perak berjaya dicapai.

6. Apabila nombor dicapai, ia langsung menjadi legal, dari sumber mana jumlah nombor tersebut didapati.

Inilah yang mereka maksudkan pematangan proses politik Malaysia


Ini adalah pembusukan politik Malaysia.


Rakyat akan membersihkannya. Apabila sampai masanya.