Monday, April 27, 2009

PAS MENGEMBANGKAN FIQH BARU

Assalamualaikum,

Salahedin Ayub dipetik sebagai berkata bahawa ada cadangan untuk dibawa ke Majlis Syura PAS untuk membenarkan non Muslim bertanding dalam pilihanraya dengan menggunakan lambang PAS.

Ini adalah perkembangan terbaru dalam PAS, walaupun dalam pilihanraya 2008 seorang non Muslim perempuan telah bertanding dalam pilihanraya dengan menggunakan lambang PAS. Perkara tersebut dilihat sebagai experiment PAS dalam dunia politik.

Nampaknya sekirnya perkara yang dilaporkan ini benar, maka PAS sedang membuka lagi pintu ijtihad untuk berekembang maju dalam bidang fiqh siyasi. Ini adalah sesuatu yang penting dan menggembirakan.


Cuma maklumat yang saya dapat bukan berpunca daripada sumber PAS seperti Harakah, tetapi daripada sumber lain.

Kenapa terhungkit hungkit sangat sumber sumber PAS ni?