Sunday, April 26, 2009

TAU KENAPA KAU HAMBAR?

Assalamualaikum,

Semalam Najib siperdana menteri turun mencemar duli ke Pudu Raya. Tentulah rakyat faham muslihat di sebalik usaha tersebut, iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk melonjakkan imej beliau supaya beliau disanjung oleh rakyat. Sepatutny rakyat berkata, amboi, baiknya dan merendah dirinya perdana menteri yang satu ini, hari tu turun kat Kampung Kerinchi dan Petaling Street, semalam di Pudu Raya pula, inilah perdana menteri yang kita mau. Perdana menteri berjiwa rakyat!

Benarkah rakyat akan berkata sedemikian? Mula mula memegang jawatan perdana menteri, beliau telah menarik semula penggantungan dua buah akhbar oposisi, Harakah dan Suara Keadilan. Kemudian beliau membebaskan beberapa tahanan ISA. Bukankah itu sudah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang perdana menteri yang sangat peka dengan kehendak rakyat? Ia ke?

Tetapi mengapa imej Najib masih lagi di peringkat bawah, masih terkial kial untuk melonjak ke atas?

Sebabnya ialah kerana Najib telah menyiksa rakyat, dan kepedihan rakyat masih lagi membahang, atau terus membahang di bawah pemerintahan beliau. Perkara pertama yang menyayat hati rakyat ialah apabila Najib merampas kuasa di Perak. Rampasan kuasa ini bukan dilakukan secara demokrasi, tetapi secara mafia. Secara gangster. Secara dalam dunia spy . Ini yang dibenci oleh rakyat dan ditolak oleh rakyat. Selagi Najib tidak membersihkan dirinya daripada tahi ini, maka selagi itu rakyat akan tetap mempunyai mental imej yang jijik terhadap beliau.

Kedua, secara sengaja atau tidak, Najib dibayangi oleh Mahathir. Kengerian pemerintahan Mahathir ini masih lagi terasa milunya oleh rakyat. Kekerasan, diskriminasi, kronism, penindasan, penekanan yang dihentakkan oleh Mahathirism kepada rakyat sangat menyiksa dan menyakit serta melukakan. Apabila Najib berdamping rapat dengan Mahathir, maka kengerian ini bertahta kembali. Rakyat pun menjadi ngeri terhadap Najib, bukan rakyat menjadi kasih kepada beliau.

Selain daripada itu, nama Altantuya tidak dapat dipadamkan daripada penelitian rakyat terhadap Najib. Bukan sahaja Rakyat di Malaysia, tetapi masyarakat antarabangsa pun turut terpanggil untuk mengaitkan nama ini dengan Najib. Dan amat sukar bagi najib untuk menyamak kenajisan ini.

Juga, bila timbul cerita pilihanraya kecil di Penanti, kepahlawanan Najib sebagai hulubalang terhandal Pahang terus meredum. Beliau telah memberi isyarat untuk chicken out daripada pertandingan tersebut. Ini menghempaskan imej beliau seranap ranapnya.


Konsep wan Malaysia, People First, Performance Now, adalah sesuatu yang samar yang tidak difahami oleh kontinjen Najib. Mereka terkial kial cuba menerangkan apakah perkara yang sebenarnya terkandung dalam slogan tersebut. Sampai ke hari ini, mereka masihlagi terkial kial.

Juga yang menjadi keberangan kepada rakyat ialah perkudaan terhadap instrumen negara. Rakyat mengharapkan, dengan datangnya perdana menteri baru, maka perubahan baru yang menambah baik akauntabiliti negara juga akan turut sampai. tetapi ini tidak berlaku. SPR dan SPRM tidak dilihat sebagai badan yang bebas, tetapi masih lagi merupakan puppet yang ditarikan oleh tarikan dan mainan tali si dalang. Begitu juga dengan bidang kehakiman, dengan keputusan penghakiman yang ditakrif salah oleh semua pengamal undang undang, keyakinan rakyat kepada Najib terus meredum.

Pun begitu Najib tidak cuba membersihkan dirinya. Ali Rustam kekal sebagai ketua menteri Melaka, Tengku Adnan seperti tidak terjejas dengan hasil siasatan SUHAKAM mengenai pita Lingam, dan banyak lagi. Dan banyak lagi.

Oleh itu, dengan imej Rosmah yang sering dipersenda, serta generasi yang nostalgia dengan Tun Razak semakin pupus, Najib memulakan pemerintahannya dengan sangat hambar.

Silap hari bulan, kau kena sambar.