Skru diperketat lagi bagi media. Dan arahan serta bentakan datang dari Putrajaya, tidak semestinya dari PM tetapi daripada mereka yang bergayut dengannya, dan menggunakan kuasa untuk menggertak media agar akur dengan apa yang mereka mahu.
Najib telah melantik Johan Jaafar untuk mengepalai Media Prima, dan juga telah membawa masuk Datuk Ahmad A. Talib sebagai penasihat kepada kumpulan NSTP. Johan Jaafar adalah bekas editor Utusan Malaysia, sementara Ahmad A. Talib pula grup editor untuk NST. Kedua dua ini adalah gergasi media dalam zaman menggerunkan dan meloyakan mahathirisme.
Dalam zaman gelap mahathirisme, media oposisi menduduki kaki lima, diperhambat, dihamput dan diperlekehkan sepanjang masa. Tekanan, fitnah, pembohongan dan putar belit menjadi trade mark bagi media pengampu dalam era mahathirisme. Tekanan ini membuahkan satu jalan keluar baru bagi rakyat yang dahagakan kebenaran apabila website dan internet menjadi medan baru bagi rakyat mendapatkan berita yang tidak mungkin boleh didapati daripada sumber mahathirisme.
Wan Malaysia bermakna kembalinya kukubesi mahathirisme.