Sunday, April 26, 2009

RAKYAT AKAN IRINGI ADUN PR KE SIDANG

Assalamualaikum,


Sidang DUN Perak, samada sah atau tidak, ikut perundangan atau tidak, akan tetap dibulldoze oleh BN pada 7 Mei 2009. Sidang ini akan kecoh, sebab ia akan dilakukan secara gangster, dan perjalanannya juga nanti terpaksa berlangsung secara gangster. Kerana itulah yang dimahu oleh BN. Itulah yang dirancang oleh BN.

Yang paling penting nanti gangster manakah yang akan merampas kedudukan speaker dewan dan kemudian menterbalikkan kedudukan politik Perak dan menghiris hati rakyat Perak.

Oleh kerana Zambry telah mengeluar kenyataan agar ADUN PR behave, maka ini dengan sendirinya menunjukkan mereka telah merangka strategi yang menyalahi dan melanggar undang undang, dan mereka menjangka akan ada bangkangan, dan dengan itu yang diperintah supaya menjaja tataterbit ialah ADUN PR. Dengan sendirinya ia bermaksud ADUN BN tidak perlu menjaga tatatertib persidangan.


Persoalannya sekarang cara gangster yang bagaimanakah mereka akan gunakan untuk menolak dan menterbaringkan Sivakumar daripada menjadi speaker dan mengendalikan mesyuarat DUN.

Instrument negara yang pakar dalam hal ini jangan capur tangan dan jangan mainkan peranan. Kamulah yang merosakkan negara dan menghalang kehendak rakyat.