Wednesday, June 24, 2009

SMOKE SCREEN

Assalamualaikum,


Smoke screen ialah kepulan asap yang sengaja dicipta untuk menutup atau melindungi atau mengelirukan sesuatu perbuatan atau perancangan yang sipembuatnya tidak mahu diketahui oleh pihak lawan.

UMNO sentiasa menggunakan smoke screen ini untuk menagih simpati orang Melayu, untuk mengugut orang Melayu dn juga untuk mengelirukan orang Melayu. Apabila UMNO berkata Melayu, itu maknanya UMNO. Seperti untuk memajukan orang Melayu, makna sebenar ialah untuk mengkayakan orang UMNO.

Orang Melayu berpecah, atau perpecahan dalam masyarakat, itu maknanya undi kepada UMNO berkurangan. KalauUMNO berkata dengan kerajaan perpaduan orang Melayu akan kembali kuat, itu maknanya UMNO akan kembali kuat.

Bila UMNO bercakap mengenai kerajaan perpaduan, itu maknanya, kerajaan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor mula mula diserah kepada PAS untuk mengemudi, lepas itu tendang PAS, dan UMNO naik tocang semula.

Bagaimana mungkin seorang yang telah ditendang daripada UMNO, dan merempat sebagai seekor katak, terhegeh hegeh melaungkan Melayu, melayu, melayu, yang sebenarnya bermakna UMNO, UMNO, UMNO; sedang UMNO telah terajang kamu?