
Begitulah menularnya jangkitan penyakit H1N1 ini. Anda masih ingat jangkitan meningitis di Tiang Dua, Melaka sekitar May 2009? Semasa gemparnya penyakit tersebut, maka gundah gelanalah hati ibu bapa di pekan Tiang Dua tersebut, sehingga ibu bapa pun meminta kebenaran guru besar untuk membenarkan anak anak mereka memakai mask semasa ke sekolah. Pihak sekolah pun memberi kebenaran, dan para pelajar pun memakai mask semasa belajar.
Insiden ini telah bocor kepada media, dan telah tersebar gambar para pelajar sekolah tersebut menggunakan mask semasa belajar di dada akhbar dan media lain. Dialkisahkan, sebelum membenarkan pelajar menggunakan mask, pihak sekolah telah meminta izin daripada pihak yang lebih tinggi untuk membenarkan pelajar menggunakan mask. Izin diperolehi.
Tetapi apabila maharaja Melaka melihat gambar para pelajar memakai mask, maka murkalah baginda. Baginda menggodam Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ketuk pihak berkuasa pelajaran Melaka. Melaka ketuk daerah. Daerah marah kesekolah lalu dihamput.
Maka penguasa sekolah semput.