POK 5 SEN POK, POK 5 SEN POK
ini nak cerita hal diri aku le. Peghaak ini maksud aku macam inggeris kata naive. Saya lahir tahun 1952, jadi cerita yang ini aku rasa semasa aku berumur 4 atau lima tahun, belum bersekolah lagi. Katakanlah 1957.
Semasa kecil, aku dibela oleh nenek, bernama Tijah. Tapi nama glamor dia TONTI, iaitu singkatan daripada Tun Tijah, perawan terkenal melaka zaman Hang Tuah.
Tonti bekerja sebagai penoreh getah. Aku pernah lihat dalam cakerol gajinya, dia berpendapatan sekitar RM 30.00 sebulan pada masa itu.
Dia menoreh getah disatu estet namaya Estet Kong Guan. Hampir seluruh penduduk solok kampung aku tinggal tu berkerja dengan estet ini.
Bila menoreh, ada bahagian getah yang dikenali sebagai getah segerap, yang berbau sangat busuk. Sepatutnya, getah segerap ini dipulangkan semuanya kepada pihak estet setiap hari menoreh, tetapi rata rata penoreh estet ini membawa balik sebahagian getah segerap ini. Termassuk Tonti. Sebahagian lagi dipulangkan ke estet.
Apabila petang nanti ada peraih segerap yang akan masuk kampung untuk membeli segerap. Ditempat aku tu ada 3 orang peraih. Pau Boon Tau, dikenali sebagai Cetau, Pau Boon Chan, dikenali sebagai Achan, dan seorang lagi Pau Boon Pok yang dikenali sebagai Lapok.
Segerap Tonti hanya dibeli oleh Lapok.
Apabila Lapok sampai dan siap menimbang segerap, dia akan keluarkan tin kecil bekas simpanan tembakau yang digunakannya untuk menyimpan coin. Apabila Lapok keluarkan tin ini, aku akan pergi kepada dia sambil berkata Pok 5 sen Pok, Pok 5 sen Pok, Pok 5 sen Pok....berulang ulang dan terus merenget, sampai dia beri aku 5 sen.
Bila dapat 5 sen, ... yahu, sukanya hati. Boleh beli nasi lemak.
Masa itu nasi lemak dalam bungkus daun pisang berharga 5 sen satu.