Assalamualaikum,
Apabila Yang Di Pertuan Agung mencium keris semasa pertabalan, ia melambangkan kuasa kedualatan negara yang disokong oleh semua lapisan masyarakat dan semua bangsa dan kumpulan etnik di negara ini. Ia menjadikannya dikasihi serta dihormati oleh rakyat.
Tetapi sekiranya orang lain mencium keris, ia tidak membawa mesej perpaduan untuk seluruh rakyat, kerana gelagat ini memabawa mesej rasism yang sangat menebal yang menjadikan sebahagian daripada masyarakat negara ini takut. Bukan sahaja takut, tetapi gerun. Bukan sahaja gerun tetapi benci. Buka sahaja benci, tetapi meluat.
Gelagat ini menular ke dalam pemikiran sub-concious orang melihatnya sehingga terbayang keris itu digunakan untuk menikam orang yang melihat gelagat tersebut. Ini sungguh sungguh menggerunkan. Ini sungguh sungguh menjadikan orang meluat.
Mengapa mesti kita angkat dan pilih orang yang akan menikam kita ? Inilah lintasan yang bermain dalam fikiran sebahagian daripada pengundi. Dengan cemuhan dan gertakan rasis yang sangat tebal, masyarakat menjadi sangat meluat dan rasa menolak arus bahaya seperti ini membuak dan membara dalam fikiran pengundi.
Ditambah lagi selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor orang yang mencium keris ini memberi amaran keras kepada sebahagian pengundi, seolah berkata kamu ni memang layak ditusuk dengan keris keramat ini. Untuk melihat orang ini sila lihat gambar di bawah.
Nampak tak wajah dia? Kalau tak nampak, mengikut firasat P.Ramlee itu tandanya.....
Tetapi dalam fikiran anda gambarnya dah ada kan?
Dalam gambar dibawah pula orang ini sedang mencium keris. Kali ini anda betul betul nampak wajahnya kan?
Inilah punca UMNO dan BN ditolak oleh sebahagian masyarakat.