Thursday, May 20, 2010

PENJARA PUN OK

Assalamualaikum,

Penjara kerana berdakwah, OK!

DE, Wa nak tanya lu, pasti ke lu boleh hidup esok....jgn aibkan orang, monyet pun jangan."


Dan gara-gara ayat itu Badrul Hisham Abdul Jalal terpaksa merengkok lima hari di penjara.

Lelaki berusia 40 tahun yang mengakui beliau adalah ahli PAS berkata 'kata-kata' itu diletakkan di Facebook halaman perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan bagaimanapun mendakwa kata-kata itu sebagai ugutan untuk membunuhnya. Menceritakan bagaimana isu berkenaan timbul, Badrul memberitahu wartawan bahawa beliau tergerak untuk memuatkan kata-kata itu ketika bekerja pada Rabu lalu. "Sebagai orang Islam, saya cuma mengingatkan Saiful supaya tidak mengaibkan orang. Lagipun, kita tidak tahu sama ada kita akan hidup atau mati pada hari esok. "Ia bukan satu ancaman,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.




Bagi yang ini, penjara kira OK!