Elaeis guineensis
Saya kira ia berlaku dalam tahun 1960 atau 1961. Saya berjalan kaki ke sekolah bersama kawan kawan. Saya tidak ingat lagi siapa kawan kawan tersebut, tetapi biasanya kalau ke sekolah saya sering berjalan kaki dengan Jantan, Saini, Husin dan Md. Yasin.
Ada buah elaeis guineensis ini yang jatuh, dan kami kutip. Buang kulit luarnya, tinggalkan tempurung sahaja. Buah yang tinggal tempurung ini digosok pada simen agak ia licin, tidak berserabut. Lepas itu cari ceramic yang telah terbuang, pecahkan dan ambil debunya.
Debu ceramik ini dilekatkan dibahagian bawah telapak tangan dan digosokkan kepada buah elaeis guineensis tadi. Kalau lama lama digosok, tempurungnya akan berkilat. Semasa dalam kelas, orang sibuk belajar, kami sibuk gosok buah elaeis guineensis dengan debu ceramik.
Bila sudah berkilat, tebuk lubang pada mata buah tersebut, dan ia boleh dijadikan key chain.
Key chain tersebut saya simpan sampai sekarang, sejak 1960 atau1961.
Dalam perjalanan ke sekolah kami melalui bawah pokok elaeis guineensis. Kau orang tahu tak pokok apa tu? Kalau kau orang tak tahu, kau orang sama peghaak dengan budak kampung ni. Nak lihat pokok tersebut, lihat gambau di bawah: