Sunday, May 4, 2008

BANJIR ALOR GAJAHPART II

AssalamualaikuM,

sambung dari posting semalam......

Bagi Kawasan Taboh Naning pula bukit-bukit seperti Bukit Tinggi, Bukit Payong, Bukit Batu Ampar dan Bukit Kelana, sepatutnya ditumbuhi oleh hutan hujan tropika atau pu belukar seperti yang didapati 35 tahun dulu, tetapi oleh kerana ia telah dipeneuhi oleh aktiviti manusia, maka fungsi hidrologi yang sepatutnya dimainkan oleh tumbuhan in tidak berlaku sekarang. Dengan itu Sungai Simpang Ampat menerima terlalu banyak air larian permukaan apabila berlaku jujan.

Selain dari itu Sungai Simpang Ampat juga menerima air larian yang berlebihan dari Bukit Gajah Mati, Bukit Dinding, Bukit jelong di samping Bukti Batu Bendinding. Kalau diteliti sistem Sungai Simpang Ampat ini, ia bertemu dengan Sungai Siput berhampiran dengan Kampung Paya Dalam, dan Sungai Siput ini sendiri menreima air larian yang berlebihan dari Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa.. Semasa saya membawa sekumpulan pelajar untuk membuatk kajian di kawasan ini sekitar 2001-2002, tumbuhan pada Bukit Terbakar itu sendiri telah banyak dihapuskan oleh aktiviti mausia, disamping memang pada ketika itu berlaku kebakaran pada bukit tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan aktiviti penduduk kampung yang menjalankan usaha menternak ikan semilang menghadapi masalah kerana sekiranya hujan tidak turun untuk jangka masa yang panjang, maka bekalan air bagi kolam-kolam tersebut akan merosot dengan banyaknya. Sebaliknya kalau berlaku hujan, air larian permukaan akan dihasilkan terlalu banyak pula.

Itu adalah sebahagian daripada cirri muka bumi dan tumbuhan yang memainkanm peranan yang besar dalam masalah banjir. Kalau nak diperincikan suasana ini , ia akan menjadi terlau detail pula.

Imej satelit menunjukkan kawasan di sekitar Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa adalah kawasan yang telah dimajukan dan tidak mampu algi memainkan peranan hidrologi yang berkesan. Oleh itu adalah sesuatu yang memang dijangkakan kalau air larian yang banyak dihasilkan di kawasan ini, dan air ini memenuhi sistem Sungai Siput daun juga Sungai Simpang Ampat.

Bagi pekan Masjid Tanah pula, imej satelit jelas menunjukkan Bukit Apit dan Bukit Samak telah ditanggalkan tumbuhannya, jadi kalau keadaannya sedemikian, bagaimanakah kawasan sekeliling Masjid Tanah dapat membantu kawasan rendah yang disaliri oleh Sungai Baru yang lau ditengah-tengah pekan tersebut.

Faltor ketiga yang juga perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa Melaka ialah satu proses fizikal yang berlaku secara asli yang dikenali sebagai hakisan dan mendapan. Apabila kawasan-kawasan bukit tadi ditangalkan tumbuhan mereka, maka iklim tropika lembab akan bertindak ganas dengan melakukan aktiviti hakisan, iaitu menanggalkan tanih dari tempat di mana mereka berada. Tanih yang dihakis ini kemudian diangkut melalui sistem saliran dan apabila sampai masanya dimendapkan. Pemendapan ini adalah satu proses utama dan isu utama bagi iklim tropika lembab.

Oleh kerana terlalu banyak kawasan yang menjadi tededah hasil daripada kegiatan antropogenik tadi, maka kadar hakisan dan mendapan juga meningkat dengan banyaknya. Sebab itulah Sungai Siput yang bermula dari Taboh Naning dan Alor Gajah menjadi cetek dan tidak mampu menampung luahan air yang banyak. Dengan itu kita akan saksikan kawasan-kawasan yang dilalui oleh sistem sungai ini, seperti kampung Cherana Puteh, kampung lanjut, Kg. Taboh, Simpang Ampat, Kg. Padang, Solok Ulu Panjang, Kg. Paya Dalam, Padang Kambing, Brisu, Kg. Lendu, Kg. Batu Alang, Kg. Sungai Siput, membawa kepada Kg. Pengkalan Paoh adalah tempat-tempat yang mudah dinaiki air sekiranya keadaan yang menghasilkan banjir berlaku.

Fakor keempat yang perlu juga diambil kira ialah climate change yang sedang berlaku sekarang. Hujan yang turun pada 30 April 2008 adalah merupakan hujan yang sangat lebat, dan dengan keadaan rupabumi Alor Gajah yang telah sedia berkeadaan sedemikian, maka banjir memang sukar dielak.

Oleh itu, projek empangan Sungai Jerneh tidak boleh dicanang sebagai satu usaha magis yang akan menghentikan banjir di Alor Gajah.