Friday, May 9, 2008

SONGKOK

Semasa saya seorang mahasiswa di Universiti Malaya Kuala Lumpur sekitar awal 1970an, saya sering berlaku satu kekecohan dalam majlis konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia. Kekecohan tersebut ialah pihak universiti berkenaan mensyaratkan para graduan memakai songkok bagi majlis konvokesyen. Universiti tersebut mempunyai sebilangan pelajar yang bukan Melayu, dan semua pelajar, Melayu atau pun bukan dikkehendaki memakai songkok dalam majlis-majlis tersebut.
Berlaku bantahan daripada para graduan yang bukan dari kalangan Melayu mengenai arahan ini dan mereka tidak mahu memakai songkok. Ada diantara mereka yang langsung tidak bersama sama dalam majlis konvokesyen kerana diarah memakai ssongkok.
Saya rasa pada ketika itu, ramai yang berpendapat kalau memakai songkok, maka mereka menjadi orang Melayu atau telah menerima budaya Melayu. Mungkin ini tidak disenangi oleh sebahagian rakyat Malaysia pada ketika itu.
Sekarang kita saksikan ramai ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri yang telah memenangi kerusi yang mereka tandingi telah memakai songkok dalam upacara mengangkat sumpah dan upacara rasmi yang lain. Kita YB Teng, yang dilantik menjadi speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dengan rela hati dipakaikan songkok, dan beliau kelihatan segak sekali. Begitu juga YB Ronnie Liu, exco kerajaan Negeri Selangor juga kelihatan tidak kekok memakai songkok, dan yang lain-lain terdiri dari orang India atau Bumiputra lain.
Apa yang berlaku ialah masyarakat Malaysia telah menerima budaya Melayu bersongkok sebagai budaya Malaysia. Dengan memakai songkok ia tidak menjadikan pemakainya Melayu, tetapi ia menjadikannya orang Malaysia. Apabila para pemimpin masyarakat bukan Melayu di Malaysia menerima pemakaian songkok, maka masyarakat bukan Melayu yang lainnya dengan mudah menerima anjakan ini dan tidak lagi timbul bantahan seperti pada zaman 70an.
Tembok pemisah antara Melayu dengan keMalaysiaan telah pecah sekarang dan seluruh rakyat dengan senang menerima kebanyakan daripada budaya Melayu sebagai budaya penduduk Malaysia tanpa sebarang unsur paksa. Tidak perlu lagi unsur racism ditonjol dan dipaksakan oleh mereka yang memperjuangkan ketuanan Melayu seperti yang dilaungkan di Johor Bharu pada 2 dan 3 Mei yang lepas.
Imej PAS, yang kebanyakannya dianggotai oleh orang Melayu juga turut berubah apabila majoriti YB PAS memakai songkok dalam masjlis rasmi. Kalau dulu PAS adalah parti lebai kampung dengan kopiah putihnya, tetapi sekarang ia berimej profesional yang komited dengan perjuangan Islam