Wednesday, May 7, 2008

KEDUDUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KUASA NEGERI-NEGERI DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA

Oleh: Azmi Ahmad Baharom
Kedudukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia dihormati dan dijamin sebagai rakan dalam perkongsian yang membentuk Persekutuan Malaysia dalam satu semangat persekutuan yang berasaskan raja berpelembagaan.
Apabila kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak melihat dan membandingkan bandar-bandar yang menjadi ibunegara kuasa besar dan juga negara luar yang menggunakan istilah wilayah persekutuan, ide ini menjadi penarik dan diwar-warkan sebagai satu alternatif kepada pembukaan satu dimensi baru dalam proses pendudukan kuasa persekutuan di peringkat negara.
Bagi menjayakan ide ini, perbandingan dengan negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Brazil India dan Pakistan menunjukkan kosep wilayah persekututan sesuai digunapakai di Malaysia.
Malang sekali, konsep ini gagal menilai cirri-ciri yang terdapat dalam pembentukan wilayah persekutuan negara yang tersebut di atas.
Amerika Syarikat umpamanya mempunyai pusat pentadbiran persekutuan dengan nama Washington mengambil sempenan bapa kemerdekaan dan presiden pertama George Washington sebagai lambing kuasa kerajaan persekutuan. Ini melibatkan District of Columbia dalam negeri Maryland dan Arlington dalam negeri Virginia.
Bagaiamanapun sebelum perang saudara Amerika dizaman Abraham Lincoln, Arlington diambil kembali oleh kerajaan negeri Virginia.
India pula sebuah republik yang menukar Delhi kepada pusat pentadbiran pusat. Sama seperti kerajaan komunis Cina yang meletakkan Beijing dan Shanghai sebagai sebuah wilayah kuasa autonomi.
Brazil memindahkan ibunegara dari Rio de Jaenerio ke Brasial sebagai satu langkah untuk memaju dan membangunkan kawasan pendalaman dalam lembangan Amazon.
Langkah yang sama seperti Pakistan memindah ibunegara dari Karachi ke Islamabad dan Nigeria dan Lagos ke Abuja adalah contoh tindakan ini.
Bagi Malaysia yang mempunyai kuasa kerajaan negeri dibawah kuasa Sultan dan raja yang terlibat secara langsung dalam pentadbirang kerajaan negeri dan Yang Dipertuan Agong sebagai pemerintah persekutuan Malaysia, adalah tidak wajar untuk mempunyai satu wilayah khusus bagi tujuan kawalan kerajaan pusat.
Disamping kehilangan sumber kutipan cukai, rakyat Wilayah Persekututan juga sebenarnya kehilangan suara dalam dewan undangan negeri. Kerugian ini sebenarnya besar kerana, tidak seperti rakyat di negeri lain.
Perlindungan ini tidak ketara. Bagaimanapun peluang untuk mendapat perkhidmatan yang lebih baik tidak ada. Kedudukan Menteri Wilayah PErsekutuan itu sendir merupakan satu pembaziran kerana perlu mewujudkan satu jawatan khusus dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pula sebagai orang paling berkuasa dalam pentadbiran Wilayah Persekutuan ini.