Assalamualaikum,
saja janjikan untuk menceritakan tentang tiga masjid, jadi pada posting kali ini saya datangkan 1st instalment.
(maaf. Mutu reproduksi gambar lama tak memuaskan)Negeri Melaka, Malaysia, adalah sebuah negeri yang unik. Ia terkenal dengan pahlawan Hang Tuah yang menjadi legenda ssehingga ke hari ini. Terdapat satu pekal kecil di Melaka yang dikenali sebagai Durianb Tunggal. Tidak ada apa yang specialnya mengenai pekan kecil ini. Cuma berhampiran dengan pekan ini terdapat satu empangan yang paling besar di Melaka yang dikenali sebagai Empangan Durian Tunggal.
Pada bulan Disember 1990 hingga Januari 1991, empangan ini mengalami satu perkara pelik dan menyusahkan rakyat, iaitu ia kering. Kalau anda perhatikan gambar di bawah ia menunjukkan empangan tersebut sedang kontang.
Untuk membuat kajian mengenai kejadian ini, saya membawa pelajar-pelajar saya ke kawasan empangan ini pada pertengahan 1991.
Pada masa air memenuhi empangan ini, ia menenggelamkan satu kawasan yang luas sehingga sampai ke kawasan Kampung Machap lama. Di situ terdapat satu masjid yang dibina oleh Jailani Mendik Mechap atau lebih dikenali sebagai Datok Machap. Masjid ini diberitakan dibina dalam tahun 1902. Apabila air empangan menenggelamkan kawasan sekitarnya, masjid ini telah terputus daripada kawasan kampung secara fizikal, dan ia tidak digunakan lagi.

Rombangan kami telah berpeluang pergi ke masjid tersebut melalui kawasan yang dulunya diteggelami air, tetapi kering semasa kami berada di situ. Apabila kami sampai di masjid tersebut, ia kelihatan sungguh terbiar dan tidak terurus. Yang menarik pandangan saya ialah dikeliling kawasan masjid tersebut dipenuhi oleh colok yang biasanya digunakan oleh orang Cina untuk upacara sembahyang.
Saya tahu, di masjid terbiar itu berlaku aktiviti pemujaan, dan saya rasa ia adalah pemujaan untuk mendapatkan nombor bagi judi nombor ekor.
Apabila ketinggian Empangan Durian Tunggal dinaikkan, lebih banyak lagi kawasan yang ditenggelami air, dan sekarang, masjid tersebut terletak digigi air.
Kekesalan saya ialah saya tidak bersembahyang sunat di masjid tersebut semasa rombongan kami berada di situ dalam tahun 1991.