Wednesday, May 14, 2008

HARGA PETROL MEMANG SEMESTINYA TIDAK NAIK

Assalamulaikum,

Berita Harian hari ini melaporkan Timbalan Pengarah Seksyen Makro Ekonomi Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Allauddin Anuar, berkata harga petroleum di negara ini dijangka tidak dinaikkan walaupun subsidi produk petroleum dan subsidi gas kepada sektor elektrik serta industri yang berjumlah RM34.1 bilion pada 2007 akan meningkat kepada lebih RM40 bilion, tahun ini. langkah itu dijangka dapat membendung inflasi berikutan krisis bekalan makanan dan dijangka memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan BN dan rakyat Malaysia secara amnya mestilah mengetahui bahawa petrolium mentah sekarang mencecah harga yang tinggi, sehingga USD 125.00. Ini bermakna keuntungan syarikat minyak juga bertambah dengan berlipat ganda, dan dengan itu pendapatan Malaysia juga dari sumber petrolium juga turut meningkat.
Rakyat mahu pertambahan pendapatan ini dikongsi bersama oleh seluruh rakyat, dan cara yang terbaik sekali ialah dengan mengekalkan subsidi petrolium agar harga komoditi ini tidak naik. Malaysia tidak perlu membandingkan harga petrolium di sini dengan harga petrolium di negara jiran, kerana perbandingan tersebut tidak memberi gambaran sebenar situasi di negara ini. Apa yang perlu dibuat ialah negara Malaysia mampu memberikan subsidi harga petrol kepada rakyatnya, dan perkara ini hendaklah dilakukan segera. tidak timbul lagi soal harga petrolium dunia naik.
Sebenarnya rakyat Malaysia telah memaksa kerajaan BN untuk tidak menaikkan harga petrolium dengan memberikan keputusan PRU12 yang lepas. Sekiranya rakyat Malaysia tidak bertindak bijak dalam PRU12 yang lepas, sudah tentulah kita akan saksikan satu lagi lambungan harga petrolium yang mengejutkan.
Semestinya kenaikan harga petrolium mentah mendatangkan kesenangan kepada rakyat malaysia, bukannya kesusahan. Sebabnya ialah kita menghasilkan pertolium mentah. Walau bagaimana kecil penghasilan tersebut, kenaikan harga ini akan memberi keuntungan.
Mesejnya ialah, kalau anda menjadi kerajaan, anda mestilah tahu cara untuk menjayakan creation of wealth. Jentera negara mesti dipacu untuk mencipta kekayaan negara dan memberi kesenangan kepada rakyat. Bukan kekayaan negara difaraid untuk kekayaan sendiri.