Tangga dan gerbang ke Masjid tersebut, 1991. Bahagian ini ditenggelami air sekarang
Masjid Datok Machap 2007
Dalam pilihanraya kecil Machap, April 2007, kerajaan BN telah menjanjikan RM 4 juta untuk pembangunan ekopelancongan di kawasan Machap. Tak tau berapakah yang diperuntukkan untuk menjadikan masjid ini pusat tarikan pelancong. Tak tau juga adakah ada dana yang benar-benar diberikan untuk masjid ini.
Calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut, Lai Meng Chong, memberitahu bahawa mendiang bapanya nyaris-nyaris dipancung oleh tentera Jepun pada tahun 1942 tetapi terselamat bersama 49 orang lain kerana berkat doa Datuk Machap (Jailani), pasukan Jepun yang ditugas melaksanakan hukum pancung itu tiba-tiba sakit perut. Susulan daripada peristiwa ini, masyarakat Cina disitu mengumpul dana untuk bantu membina masjid tersebut. Sejauh mana benarnya saya tidak dapat sahkan.
Yang penting, ada masjid yang menjadi usang dan terbiar akibat pembangunan dan ketidak perihatinan masyarakat yang sepatutnya mengimarahkannya.
Dalam posting akan datang saya akan menceritakan satu lagi masjid. Dapat agak masjid mana? Clue: masjid tersebut berada di luar Malaysia. Wassalam